Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

HARI SAF

Manfaat pengalaman di kementerian galas tugas baru di SAF

778 anggota beruniform SAF dari ibu pejabat Mindef, Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Gabungan (Joint) dinaikkan pangkat tahun ini. Mereka terdiri daripada pegawai sepenuh masa dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS). BERITA HARIAN (BH) mengolah kisah dua pegawai yang menunjukkan prestasi baik dan berpotensi untuk menyumbang lebih lanjut kepada organisasi itu.
Jul 01, 2022 | 05:30 AM

778 anggota beruniform SAF dari ibu pejabat Mindef, Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Gabungan (Joint) dinaikkan pangkat tahun ini. Mereka terdiri daripada pegawai sepenuh masa dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS). BERITA HARIAN (BH) mengolah kisah dua pegawai yang menunjukkan prestasi baik dan berpotensi untuk menyumbang lebih lanjut kepada organisasi itu.


KEMAHIRAN yang dipelajari di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bukanlah khusus bagi pertubuhan itu sahaja. Malah, ia boleh dimanfaatkan di tempat lain.

Demikian pengalaman Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Muhammad Helmi Khaswan, 38 tahun apabila beliau berpeluang berkhidmat di luar sektor ketenteraan pada 2020.

Pegawai tentera itu telah dipinjamkan ke Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) sebagai Timbalan Pengarah di Divisyen Industri selama dua tahun.

Jawatan itu memberinya peluang membentuk dasar bagi menyokong transformasi industri teknologi Info-Comm.

Meskipun ia agak berbeza dari apa yang pernah beliau lakukan sepanjang kerjayanya, SLTC Helmi berkata kemahiran yang dipelajari di SAF membantunya memikul tanggungjawab di MCI itu.

Malah, beliau juga tidak sangka bahawa kemahiran seperti kemahiran beroganisasi boleh "dipindah milik" selepas memikul tanggungjawab itu.

"Saya sebenarnya terkejut bahawa kemahiran itu boleh dipindah milik (ke pertubuhan lain).

"Tetapi saya sentiasa rendahkan diri, mengambil tahu dan mendengar dan belajar daripada mereka (rakan kerja lain di MCI)," katanya yang juga berkhidmat di divisyen perancangan strategik di situ.

Sejak berkhidmat bersama SAF pada 2003, SLTC Helmi telah diberikan pelbagai peluang menyerlah sebagai pegawai tentera.

Beliau pernah dilantik sebagai Adikong Kehormat (HADC) dan selama 12 tahun, telah berkhidmat kepada tiga presiden Singapura.

Apabila beliau mula menyandang jawatan HADC itu pada 2010, beliau berkhidmat kepada mendiang SR Nathan dan setahun kemudian, dengan Dr Tony Tan Keng Yam.

Dari 2017 hingga SLTC Helmi bersara sebagai HADC tahun lalu, beliau berkhidmat dengan Puan Halimah Yacob.

Beliau juga berpeluang menjadi pengawal penjaga bagi tiga pengebumian negara iaitu bagi mantan timbalan perdana menteri, Dr Goh Keng Swee; perdana menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew; dan Encik Nathan.

SLTC Helmi semalam dinaikkan pangkat sebagai Kolonel di istiadat kenaikan pangkal dan bakal menyandang jawatan sebagai Komander bagi Briged Infantri Singapura Kedua.

Ditanya mengenai kesediaan menyandang jawatan itu, beliau berharap dapat memanfaatkan apa yang dipelajari di MCI dan menerapnya ke dalam SAF.

"Selepas mempelajari dari masa saya di MCI dan didedahkan kepada transformasi digital serta bekerja bersama organisasi seperti Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO) serta GovTech, saya rasa banyak yang boleh saya lakukan (bersama SAF).

"Apa yang saya sasarkan adalah untuk membentuk budaya berinovasi dan teknologi digital bagi memperbaiki pengalaman bagi askar-askar kami," kata beliau dengan penuh harapan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3