Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaat seni bagi bawa perubahan sosial

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



IDENTITI seseorang akan sedikit sebanyak menjejas bagaimana mereka dilayan dan dianggap dalam mata masyarakat.



Itu yang dirasakan Cik Tasneem Begum Mohd Mustapha.



Kepelbagaian identiti ini telah mendedahkannya kepada prejudis berbeza yang wujud dalam masyarakat dan akses kepada peluang yang tidak sama rata.



Justeru, merapatkan jurang tersebut dan memainkan peranan dalam memperjuangkan kesaksamaan dalam masyarakat merupakan antara matlamatnya kelak.



Menggabungkan bakatnya dalam penulisan dan keprihatinan terhadap isu sosial, Cik Tasneem percaya seni adalah wadah yang boleh mendatangkan perubahan sosial positif.



Ini dicerminkan menerusi karya penulisannya yang meneroka isu sosial sensitif sewaktu pengajiannya dalam Seni Sastera dan Filem di Sekolah Seni Singapura (Sota).



Semalam, gadis berusia 18 tahun itu merupakan antara 156 pelajar Sekolah Seni Singapura (Sota) yang lulus program Baccalaureate Antarabangsa (IB) dan berjaya meraih kecemerlangan - 43 daripada 45 markah keseluruhan - bagi peperiksaan program diplomanya.



Selangkah lebih dekat kepada keinginannya menceburi bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, Cik Tasneem berkata pengalamannya membesar telah mempengaruhi pilihan tersebut.



Menurut Cik Tasneem, Islamofobia yang semakin meluas ketika beliau berusia 11 tahun banyak membuka matanya dan turut membentuk keinginannya memperjuangkan keadilan sosial.



"Saya sedar bahawa berdasarkan identiti anda, ia mungkin tidak selamat untuk pergi ke sesuatu tempat, untuk berada di sesuatu tempat...saya sedar bagaimana dasar besar mempunyai kesan ke atas kehidupan kita," ujarnya yang ingin menceburi bidang penggubalan dan analisis undang-undang.



Baginya, perjalanan pendidikannya di Sota telah mempersiapkan beliau untuk masa depan.



"Ia menggalakkan saya untuk berfikir secara kritikal dan kepentingan adanya bukti bagi menyokong pendapat saya.



"Di Sota, kami semua diberi galakan untuk mengembangkan pemikiran kami, kami membesar dalam bilik darjah di mana kami boleh mencabar satu sama lain, dan belajar bagaimana melakukannya dengan rasa hormat, peka dan empati," ujar anak bongsu dalam dua adik-beradik itu.



Kemahiran Cik Tasneem dari segi akademik, seni dan kepimpinan terserlah sehinggakan beliau menerima beberapa pengiktirafan di Sota.



Antaranya adalah Anugerah Kecemerlangan Akademik dalam Bahasa Ibunda bagi tahun 2018 hingga 2020, dan Anugerah Edusave bagi Pencapaian, Kepimpinan Baik dan Perkhidmatan (Eagles) pada 2018.



Selain berhasrat mahu memperjuangkan kesaksamaan dalam masyarakat, Cik Tasneem juga mahu bantu mempertingkat status sosial orang Melayu di Singapura.



Beliau berkata:



"Di atas kertas, kita mungkin sama tetapi bagaimana pula sikap orang Singapura terhadap satu sama lain?



"Saya mahu mengubah perbezaan itu dan bantu membentuk landskap di mana semua orang mempunyai peluang yang sama. Itulah Singapura yang saya idamkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >