PASCA BELANJAWAN 2016: PENAKATAN SYARIKAT SETEMPAT - MAJU BERSAMA IE SINGAPORE
Manfaatkan agensi pemerintah sebagai wadah capai pasaran luar
Apr 04, 2016 | 05:30 AM
MENDAPAT akses kepada rakan niaga yang tepat di pasaran bukan Muslim seperti Jepun dan Korea bukan perkara yang mudah, khususnya buat syarikat kecil dan sederhana (SME).
Namun, itulah yang dapat dicapai Encik Fazal Bahardeen, pemilik Crescentrating Pte Ltd, dengan sokongan dan nasihat agensi menggalak dagangan, Interntional Enterprise (IE) Singapore, di bawah program Kerjasama Syarikat Global (GCP).