Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaatkan kepakaran karyawan jadi mentor pada belia

Gesaan Rahayu semasa hadiri pelan kerja rangkaian M3@Bandar Jurong
M3
Apr 07, 2019 | 05:30 AM



KEPAKARAN, rangkaian dan pengetahuan yang dimiliki karyawan Melayu/Islam perlu dimanfaatkan demi mempertingkatkan lagi usaha membantu selain memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik lagi, kata Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.



Menurut beliau, ini dapat dilakukan dengan memanfaatkan kemahiran karyawan menjadi mentor kepada belia melalui sesi bimbingan yang dapat memperkasa minda serta kehidupan mereka.



"Guru yang dekat dengan pelajar dan keluarga mereka juga boleh menjadi mata dan telinga kita untuk meninjau cara-cara terbaik bagaimana keluarga-keluarga tertentu dapat dibantu.



"Ini pastinya akan dapat menguatkan lagi usaha kita dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat," ujarnya.



Beliau berkata demikian semasa menghadiri pelan kerja rangkaian M Kuasa Tiga (M³)@Bandar Jurong, di Kelab Masyarakat Bukit Batok East, semalam.



Terdiri daripada 16 sukarelawan, karyawan yang tampil untuk menyumbang tenaga dan idea kepada M3@Bandar Jurong, merangkumi mereka yang daripada sektor guaman, perubatan, perhubungan dan pendidikan.



Strategi M3@Bandar telah dibentangkan sebelum ini oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa bahas Belanjawan Ehwal Masyarakat Islam.



Sejauh ini, empat M3@Bandar telah dilancarkan iaitu di Tampines, Pasir Ris-Punggol, Nee Soon, dengan yang terkini, Jurong.



Inisiatif M3@Bandar bertujuan menghubungkan penduduk kepada tahap perkhidmatan terakhir, atau last-mile service delivery yang lebih cekap dan berkesan.



M3 pula merangkumi kerjasama Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).



Mengulas, Cik Rahayu berkata beliau yakin, dengan semangat gotong-royong yang ditonjolkan masyarakat Melayu, usaha memacu masyarakat untuk mencapai kejayaan lebih tinggi dapat direalisasikan.



"Kehadiran para karyawan terutama yang muda dalam usaha ini, pastinya memberi nafas baru selain melakarkan strategi-strategi menarik demi membantu masyarakat.



"Memang terdapat banyak potensi untuk kami merapatkan lagi jurang dalam kalangan masyarakat. Justeru jika kita terus menggembleng tenaga, saya yakin kita akan dapat meningkatkan lagi kehidupan masyarakat Melayu/Islam kita," ujarnya.



Encik Muhd Faizal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Tasek Jurong dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Taman Jurong, yang mengetuai usaha M3@Bandar Jurong berkata, antara usaha yang bakal dilaksanakan pihaknya bukan sahaja tertumpu kepada memperkenalkan program baru tetapi bagaimana untuk mendekati lebih banyak penduduk yang memerlukan di kawasan itu agar mengikuti program sedia ada.



"Kami telah membahagikan diri kepada tiga jawatankuasa kecil - iaitu komunikasi, menjalinkan rangkaian dan mendekati masyarakat.



"Program sedia ada seperti Kelas Matematik dapat dijalankan di kawasan Jurong tetapi cabarannya ialah menarik mereka yang memerlukan kelas-kelas sebegini agar mengikuti program ini," kongsinya.



Lima lagi M3@Bandar akan dilancarkan - di Bedok, Chua Chu Kang, Jurong, Marsiling-Yew Tee, dan Woodlands tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >