Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaatkan peluang anak 5-11 tahun ambil vaksin tanpa janji temu

Jan 26, 2022 | 05:30 AM



CIK Nor Jamiah Jamil telah mendaftarkan anak lelakinya berusia 10 tahun untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di pusat vaksin pediatrik di Our Tampines Hub semalam.



Semasa ke sana, beliau turut membawa anak perempuannya berumur enam tahun untuk mendapatkan vaksin itu tanpa janji temu.



Semalam hari pertama kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun boleh pergi ke mana-mana pusat vaksinasi pediatrik bersama ibu bapa mereka bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tanpa perlu membuat janji temu.



Dalam tinjauan Berita Harian di Our Tampines Hub selama tiga jam dari 12 petang semalam, akhbar ini mendapati ramai kanak-kanak memasuki pusat vaksinasi di situ bersama ibu atau bapa mereka walaupun tiada janji temu.



Mengalu-alukan langkah tidak memerlukan janji temu itu, Cik Nor, 37 tahun, berkata ada baiknya anak-anaknya dapat mengambil vaksinasi bersama untuk menyokong satu sama lain sepanjang proses itu.



Anaknya, Muhd Hairiq Danie Muhd Ramdhan, mengambil dos kedua vaksin manakala Nor Qalisha Dharmia mengambil dos pertama.



"Bagus juga mereka dapat ambil bersama-sama, ada semangat sikit," ujar Cik Nor sambil ketawa.



"Sepanjang proses itu mereka berdua pimpin tangan dan memberi kata-kata semangat kepada satu sama lain.



"Oleh kerana ini dos kedua Hairiq, dia sudah tahu apa boleh dijangka dan saya rasa dia dapat memberi sokongan kepada Qalisha untuk beranikan diri semasa mendapatkan suntikan pertamanmya," kata ibu empat anak itu.



Aturan baru tidak perlu janji temu ini diumum Kementerian Pendidikan (MOE) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) dalam satu kenyataan bersama kelmarin.



Bagaimanapun, ia dibolehkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, sementara dari Jumaat hingga Ahad janji temu diperlukan.



Sebelum ini, hanya adik-beradik kanak-kanak yang mempunyai janji temu pada Isnin hingga Khamis tidak memerlukan janji temu untuk mendapatkan vaksinasi.



Setelah mendapat vaksin mereka, anak-anak Cik Nor dilihat memegang belon sambil tersenyum.



Ketika ditemui, Cik Nor, seorang pekerja perkhidmatan pelanggan di sebuah pusat panggilan, berkata beliau terdorong memastikan anak--anaknya mendapat vaksin secepat mungkin setelah mendengar bahawa kanak-kanak bawah usia 12 tahun kini membentuk majoriti kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital.



"Takut juga kalau anak-anak saya dijangkiti Covid-19. Lagi-lagi mereka sudah ke sekolah awal tahun ini dan bergaul dengan orang ramai. Saya rasa ia semakin penting sekarang untuk keselamatan anak-anak saya.



"Kita tidak tahu di mana mereka boleh dijangkiti, jadi sebelum apa-apa terjadi kita harus melindungi diri," ujarnya, yang sudah mengambil tiga dos vaksin.



Menurut MOH, hingga 23 Januari, hampir 160,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama vaksin mereka dan lebih 13,000 kanak-kanak telah menerima dos kedua.



Di samping itu, lebih 6,000 kanak-kanak telah memanfaatkan aturan yang membolehkan adik-beradik mendapatkan vaksinasi bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >