Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Manfaatkan wadah digital, Reach terus dekati warga

Dec 05, 2020 | 05:30 AM



MEMANFAATKAN teknologi, unit maklum balas pemerintah Reach berusaha memastikan keprihatinan rakyat terus didengar, meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19.



Malah ia berjaya mendampingi 56,000 warga tahun ini, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, meskipun cara biasa mendapatkan maklum balas terhad akibat langkah jarak selamat.



Ini berjaya dilakukan dengan memanfaatkan teknologi, dan mengadakan tinjauan, perbincangan serta dialog menggunakan wadah digital.



"Perbincangan baru ini, di webinar dan pendekatan hibrid dan sebagainya, adalah contoh yang sangat baik tentang bagaimana kita menyesuaikan diri dan kita perlu terus menyesuaikan diri," kata Encik Iswaran semasa di majlis pelantikan panel penyeliaan Reach semalam.



"Saya rasa ini adalah sesuatu yang bukan hanya berkait dengan Covid-19 tetapi ia harus bertahan melebihi pandemik Covid-19 kerana ia memberi kita wadah yang serba baru dan dinamik yang boleh kita gunakan," katanya.



Panel penyeliaan Reach baru yang dilantik secara rasmi semalam terdiri daripada 39 anggota, termasuk 27 anggota baru. Ia panel terbesar dalam sejarah Reach sejak ia ditubuhkan 35 tahun lalu.



LAPORAN LANJUT: Panel Reach baru turut diwakili 15 pelajar institut pengajian tinggi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >