Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mangsa ceritakan PMD-nya cetus percikan api walau tidak diguna 2 tahun

Sebanyak 68 kebakaran direkodkan tahun lalu melibatkan basikal menggunakan kuasa (PAB) dan alat mobiliti peribadi (PMD), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura(SCDF) bulan lalu. Meskipun ini merupakan kemerosotan bilangan kes kebakaran pada 2019, iaitu sebanyak 115 kes, kejadian seperti ini tetap menjadi keprihatinan, kerana alat serupa yang tidak mempunyai piawaian tertentu boleh bertukar menjadi bahan berbahaya dan menyebabkan kebakaran. SCDF telah mengatur wawancara bersama dua mangsa kebakaran PMD dan PAB yang sudah lama tidak digunakan tetapi terbakar secara tiba-tiba.
Mar 24, 2021 | 05:30 AM



ALAT mobiliti peribadinya (PMD) secara tiba-tiba mengeluarkan percikan api seolah mercun dan terbakar Februari lalu meskipun sudah dua tahun tidak digunakan dan tiga bulan tidak dicas.



Hanya ingin dikenali sebagai Encik Gua, 40-an tahun, beliau telah berhenti daripada menggunakan alat tersebut sekitar dua tahun lalu, apabila larangan penggunaan PMD yang melebihi 20 kilogram berkuat kuasa pada 2019.



Sejak itu beliau secara kerap mengecas baterinya, hanya untuk memastikan bateri itu tidak reput akibat tidak digunakan terlalu lama.



Namun apabila pengecas bateri itu dibuang secara tidak sengaja pada Disember lalu, Encik Gua berkata, kira-kira tiga bulan kemudian, bateri alat itu mula mengalami kebocoran asid hingga menyebabkan kebakaran pada 14 Februari 2021.



"Saya perasan pada waktu petang hari itu rumah saya itu tiba-tiba berbau seperti adanya minuman arak yang seolah tumpah dalam rumah saya. Tetapi apabila saya periksa gerobok minuman arak di rumah saya pula tiada apa-apa yang terbocor.



"Namun saya perasaan bau itu berpunca dekat kawasan di rumah saya yang mana saya meletakkan PMD saya itu yang diseliputi kain pelindungan api.



"Saya lihat ada cecair yang sedang mengalir keluar daripada bahagian PMD saya itu yang mengandungi bateri," kata Encik Gua yang berkerja dalam sektor pembinaan dan tinggal bersama isterinya, termasuk lagi empat teman dalam sebuah rumah flat sewa.



Encik Gua, yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kebakaran kerana kerjanya, juga menyimpan PMD-nya di rumahnya, di tempat yang jauh daripada bahan mudah terbakar.



Apabila beliau mengesan kebocoran cecair itu, Encik Gua dengan serta-merta meletakkan PMD-nya di koridor dan mengambil alat pemadam api jika terjadinya kebakaran.



Sejurus beliau mengambil alat berkenaan, bateri PMD-nya mula mengeluarkan percikan api seolah-olah mercun lalu terbakar.



Nasib baik beliau berjaya memadamkan api itu, katanya.



Encik Gua juga berkata, beliau pernah beberapa kali ditawar oleh pembeli di Carousell untuk menjual PMD-nya itu, namun tidak ingin melakukan demikian kerana sedar akan risiko kebakarannya.



Menyusuli kes-kes kebakaran yang berpunca daripada alat tersebut, Unit Siastan Kebakaran, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata:



"Kebanyakan kebakaran daripada PMD dan PAB yang telah dikendalikan SCDF berpunca daripada penggunaan alat yang tidak diiktiraf piawaian UL2272, alat yang telah diubah serta alat pengecas kuasa elektrik yang tidak sesuai digunakan.



SCDF juga mendapati, keadaan bateri yang tidak lagi digunakan akan mula reput dan menjadi tidak stabil sepanjang masa, hingga bakal menyebabkan kebakaran.



Makluman Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga menekankan bahawa ia penting untuk menggunakan hanya alat yang mempunyai piawaian UL2272, serta menggunakannya dengan pengecas dan bateri asal yang dilengkapkan dengan tanda keselamatan.



"Piawaian keselamatan api UL2272 berfungsi untuk mengurangkan risiko kebakaran PMD.



"PMD yang diiktiraf UL2272 telah menjalani pemeriksaan elektrikal, mekanikal dan sekitaran untuk memastikan ia tidak mudah terbakar dalam beberapa senario yang berbeza," kata LTA.



Ia juga menegaskan bahawa PMD yang tidak mempunyai piawaian itu tidak dibenarkan untuk digunakan di laluan awam.



LTA juga telah menerapkan rejim pemeriksaan skuter elektrik agar alat itu juga mematuhi kriteria keselamatan dan untuk menghalang pengguna daripada mengubah alat tersebut secara haram.



Pihak itu menambah, sehingga hujung Februari 2021, terdapat 10,000 e-skuter yang telah didaftar, kesemuanya disahkan mempunyai piawaian UL2272.




BERITA MAKLUMAN SCDF, LTA



"Kebanyakan kebakaran daripada PMD dan PAB yang telah dikendalikan SCDF berpunca daripada penggunaan alat yang tidak diiktiraf piawaian UL2272, alat yang telah diubah serta alat pengecas kuasa elektrik yang tidak sesuai digunakan."
- Unit Siastan Kebakaran Pasukan Pertahanan Awan Singapura (SCDF).



"Piawaian keselamatan api UL2272 berfungsi untuk mengurangkan risiko kebakaran PMD.

"PMD yang diiktiraf UL2272 telah menjalani pemeriksaan elektrikal, mekanikal dan sekitaran untuk memastikan ia tidak mudah terbakar dalam beberapa senario yang berbeza."

- Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >