Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa diarah isi borang dengan lambang polis dalam kes tipu baru

Penipu pura-pura bantu mangsa buat laporan dengan nombor kes palsu
Dec 09, 2022 | 05:30 AM



HATI-HATI apabila menerima e-mel daripada pihak yang kononnya mahu membantu mangsa penipuan.



Ini kerana kini terdapat penipu yang berpura-pura membantu mangsa penipuan membuat laporan polis dengan menghantar borang Google yang mengandungi lambang Pasukan Polis Singapura (SPF), lapor The Straits Times.



Polis kelmarin berkata mereka tidak meminta orang ramai memberikan maklumat mengenai penipuan atau membuat laporan melalui borang Google.



Penipuan terperinci itu bermula dengan mangsa menerima e-mel yang tidak diminta yang mengarahkan mereka menekan pautan yang disediakan untuk menuntut baucar hadiah, kata polis.



Mereka kemudiannya diarahkan ke laman Web untuk memasukkan maklumat kad kredit atau debit mereka, kod keselamatan dan kata laluan sekali sahaja. Transaksi penipuan kemudiannya akan dicaj kepada kad.



"Sejurus selepas transaksi itu, penipu akan menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri mereka sebagai kakitangan bank yang membuat susulan terhadap transaksi penipuan itu," kata polis.



Seterusnya, mangsa akan menerima satu lagi pautan, kali ini memberitahunya untuk memasukkan butiran peribadinya dalam borang Google yang mengandungi lambang palsu SPF. Mangsa ditipu untuk memikirkan yang mereka sedang membuat laporan polis.



Borang itu juga mengandungi nombor kes polis palsu.



Setelah mendapat kepercayaan mangsa, penipu - yang masih menyamar sebagai kakitangan bank - akan cuba menipu mangsa dengan cara lain, kata polis.



Sebagai contoh, mereka mungkin mengarahkan mangsa untuk memuat turun aplikasi sofwe berniat jahat, yang akan membolehkan mereka mengawal komputer mangsa.



Penipu kemudiannya akan mempunyai akses kepada akaun perbankan Internet mangsa untuk membuat transaksi tanpa kebenaran.



Polis berkata orang ramai tidak seharusnya menekan pautan mencurigakan yang dalam sumber tidak rasmi, dan mereka harus sentiasa mengesahkan kesahihan pautan dengan laman web atau sumber rasmi.



Untuk maklumat lanjut tentang penipuan, orang ramai boleh melungsuri laman web Amaran Penipuan (www.scamalert.sg) atau menghubungi Talian Anti-Penipuan di 1800-722-6688.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >