Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa korban, seorang anggota SCDF yang berani, ramah

Dec 09, 2022 | 09:27 PM



BELIAU seorang yang pendiam dan pemalu, tetapi memberikan yang terbaik dan sentiasa tersenyum walaupun basah kuyup dengan peluh kerana penat berlatih.





Dikenali sebagai 'Edward', anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF)  Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) itu berumur 19 tahun dan mula berkhidmat sejak April 2022. 



Beliau bercita-cita untuk memasuki sekolah perubatan sebaik sahaja tamat Perkhidmatan Negara, lapor The Straits Times.

 

Namun,'Edward' tidak akan mendapat peluang untuk memenuhi impiannya kerana telah meninggal dunia semasa melawan kebakaran di flat sewa di Blok 91 Henderson Road semalam (8 Dis).

 

SCDF berkata, beliau pengsan di kawasan dapur flat tingkat empat itu.

 

Anggota pasukannya telah membawa beliau keluar dari flat berkenaan dan cuba  merawatnya sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH), di mana mangsa disahkan meninggal dunia.

 

Berita kematian 'Edward'  menyaksikan orang ramai memberi ucapan takziah mencurah-curah kepada keluarga mendiang di media sosial.

 

Mereka yang mengenalinya menyifatkan mendiang sebagai seorang yang bijak dan berani.

 

Encik Shihan Ahnaf Shoeb, 23 tahun, yang telah melatih 'Edward' di Pusat Latihan SCDF berkata, anak didiknya itu pada mulanya seorang yang pendiam dan mengalami kesusahan. 



"Tetapi lama-kelamaan beliau mula berbual lebih dan beliau sentiasa tersenyum. Itulah yang paling saya ingat tentang dirinya," tambah Encik Shihan.



"Beliau adalah seorang yang bijak. Jika anda berbual bersamanya, anda akan tahu betapa bijak dan cerah masa depannya."

 

Encik Shihan mengimbas semula dan teringat bahawa 'Edward' lebih lemah dari segi fizikal dan "agak kurus", tetapi tidak pernah berputus asa semasa latihan.

 

'Edward' akan 'menggigil' apabila melaksanakan hampir lima tekan tubi, tetapi terus berusaha dan meningkatkan kecergasan fizikal dengan ketara apabila sudah tamat latihannya.

 

"Beliau tidak pernah sekali pun mengeluh... Beliau mengharungi segalanya dan sentiasa berjuang," ujar Encik Shihan, yang kini seorang pelajar.

 

"Seorang anggota yang berani... Beliau adalah orang terakhir yang saya harapkan untuk sesuatu seperti ini berlaku."

 

Pengguna Facebook, Cik Anne W Holloway, mencatatkan rasa terkejut apabila mengetahui tentang kematian mendiang melalui rakan-rakan di Hong Kong.

 

"Menerusi akaun nenek (Edward) beliau kelihatan seperti anak yang indah semasa membesar dan sumber kegembiraan," tulis Anne, sambil menambah bahawa keluarga Edward  adalah orang Kristian yang taat.

 

"Berdoa untuk keluarga Edward supaya mereka dapat menanggung kepergian besar ini dan pulih daripadanya. Doakan juga buat Edward, anak muda yang tiada rezeki menjalani kehidupan yang cerah masa depannya."    

 

Pengguna Facebook, Encik Charles Ho, mendakwa dirinya adalah bapa saudara Edward, dan di wadah media sosial berkata, bahawa anak saudaranya itu sentiasa riang, dan merupakan "pelajar yang cemerlang" yang merancang untuk pergi ke sekolah perubatan.

 

Seorang wanita, dipercayai ibu 'Edward' telah ke bilik mayat di Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada pagi tadi (9 Dis), dan ditemani beberapa kakitangan SCDF.

 

Akhbar Shin Min Daily News melaporkan, beliau telah memasuki bilik mayat itu pada kira-kira 10 pagi sebelum keluar kira-kira setengah jam kemudian.

 

Beliau digambarkan kelihatan letih dan sedih, dengan air mata berlinangan.

 

Ketika ditemui, beliau memberitahu wartawan bahawa beliau "terlalu patah semangat".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >