Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa pelbagai keganasan boleh dapat bantuan di Care Corner

Projek StART agensi perkhidmatan sosial bagi mangsa keganasan seks kini diperluas
Nov 16, 2021 | 05:30 AM



MANGSA pelbagai jenis keganasan, termasuk keganasan seksual oleh anggota keluarga mahupun bukan, sekarang boleh mendapatkan bantuan di Projek StART Care Corner (CCPS).



Sejak Januari lalu, CCPS bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) untuk menyokong mangsa keganasan seksual oleh individu bukan keluarga.



Ini terdiri daripada individu yang mengalami keganasan semasa 'dating', keganasan seksual di tempat awam, gangguan seksual di tempat kerja, dan keganasan seksual menggunakan teknologi.



Care Corner ialah sebuah agensi perkhidmatan sosial yang kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 21,000 benefisari, termasuk kanak-kanak, warga emas dan pasangan suami isteri.



Menyusuli projek perintis CCOC, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata MSF menyokong khidmat pemulihan keganasan seksual oleh CCPS itu dan program tersebut akan diperluaskan menjadi program penuh.



"Ini bermakna CCPS boleh mengambil kes daripada mana-mana agensi yang merujuk kes kepada mereka.



"Mangsa semua jenis keganasan, termasuk keganasan seksual dalam atau luar keluarga, boleh mendapatkan bantuan daripada CCPS," kata Cik Sun.



Beliau berkata demikian semasa berucap di sidang sempena ulang tahun ke-40 Care Corner Singapore semalam.



Dengan ini, terdapat dua pusat perlindungan pakar di Singapura yang kini menyediakan sokongan menyeluruh, seperti sokongan kaunseling dan campur tangan, bagi mangsa semua jenis keganasan, termasuk keganasan seksual.



Selain CCPS, yang terletak di Blok 7A Commonwealth Ave, satu lagi pusat sedemikian ialah PAVE, di Blok 211 Ang Mo Kio Avenue 3.



Baru-baru ini, Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga membentangkan beberapa saranan untuk membantu mangsa keganasan keluarga.



Salah satu saranan pasukan itu ialah memperkenal ahli psikologi yang dilatih dari segi forensik di semua pusat pakar keganasan keluarga.



Dalam satu hingga dua tahun akan datang, MSF akan mula memperkenal ahli psikologi ini untuk memberi sokongan lebih baik dalam usaha membantu mangsa keganasan, kata Cik Sun.



Dalam ucapannya, Cik Sun turut menyentuh tentang usaha memupuk cara baru untuk terus membantu klien khidmat sosial.



Ini boleh dilakukan dengan memenuhi keperluan klien secara proaktif sebelum situasi mereka menjadi lebih buruk, bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam masyarakat, dan serta memperkukuh penyampaian khidmat dan memastikannya ia terselaras.



Ini sedang pusat khidmat keluarga menerima lebih ramai klien sejak Covid-19 melanda.



Kes aktif yang dikendali setiap suku sekarang mencapai rekod 20,000 berbanding 17,000 sebelum Covid-19, kata Cik Sun.



Bilangan individu yang meraih manfaat daripada ComCare juga telah meningkat daripada 78,000 pada tahun kewangan 2019 kepada sekitar 96,000 pada tahun kewangan 2020.




BANTUAN BAGI SEMUA



"Ini bermakna CCPS boleh mengambil kes daripada mana-mana agensi yang merujuk kes kepada mereka. Mangsa semua jenis keganasan, termasuk keganasan seksual dalam atau luar keluarga, boleh mendapatkan bantuan daripada CCPS."
- Cik Sun Xueling, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >