Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa penipuan: Draf rangka kerja perkongsian kerugian saksama ditangguh

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



DRAF rangka kerja untuk perkongsian kerugian saksama yang dialami oleh mangsa penipuan telah ditangguhkan kerana isu-isu terlibat adalah rumit, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) semalam.



Pengawal selia sektor kewangan itu mengumumkan pada Februari lalu bahawa ia sedang bekerjasama dengan industri dalam rangka kerja itu, sebulan selepas OCBC Bank mengumumkan ia akan membayar balik sepenuhnya pelanggan yang hilang sebanyak $13.7 juta dalam satu siri penipuan pancingan data baru-baru ini.



MAS berkata kemudian ia akan menerbitkan draf rangka kerja untuk konsultasi awam dalam masa tiga bulan.



"Proses membangunkan rangka kerja itu, bagaimanapun, mengambil masa lebih lama daripada jangkaan memandangkan kerumitan isu dan peri-pentingnya memastikan pendekatan perkongsian kerugian dan kebertanggungjawapan memberi insentif kepada semua pihak utama dalam sistem eko untuk berwaspada terhadap penipuan," ujar MAS.



MAS menambah yang ia sedar tentang kepentingan rangka kerja ini dan akan menerbitkan kertas konsultasi itu secepat mungkin.



Dengan rangka kerja draf itu, MAS akan mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai versinnya yang terakhir, yang akan menerangkan bagaimana kerugian daripada penipuan dikongsi antara pengguna dan institusi kewangan, termasuk tanggungjawab pihak utama lain yang terlibat.



Awal dari ini, MAS berkata bahawa pembayaran $13.7 juta oleh bank OCBC tidak menjadi contoh umum untuk kes-kes akan datang dan semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penipuan.



MAS juga sudah mengetuai satu pasukan kerja dipanggil Majlis Pembayaran bagi menyemak semula amalan yang boleh dilaksanakan industri kewangan bagi melindungi pengguna dengan lebih baik.




"Proses membangunkan rangka kerja itu, bagaimanapun, mengambil masa lebih lama daripada jangkaan memandangkan kerumitan isu dan peri-pentingnya memastikan pendekatan perkongsian kerugian dan kebertanggungjawapan memberi insentif kepada semua pihak utama dalam sistem eko untuk berwaspada terhadap penipuan."
- Penguasa Kewangan Singapura (MAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >