Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa penipuan pinjaman baru diperdaya lebih $20,000

May 11, 2022 | 05:30 AM



MANGSA satu penipuan pinjaman baru di Singapura telah diperdaya lebih $20,000 sejak Januari hingga April tahun ini, dengan sekurang-kurangnya 15 laporan polis telah dibuat.



Polis telah mengeluarkan kenyataan bagi menasihati orang ramai mengenai penipuan itu.



Penipuan tersebut bermula dengan mangsa menerima mesej yang menawarkan pinjaman wang, walaupun mangsa tidak memintanya.



Jika mangsa membalas mesej tersebut, mereka diberitahu agar mengongsi maklumat SingPass supaya penipu dapat mengesahkan status pekerjaan bagi mengendalikan kelulusan pinjaman wang itu.



Setelah menerima maklumat SingPass mangsa, termasuk kata laluan dan SMS kata laluan penggunaan sekali, penipu akan membuka akaun bank baru atau mendaftar bagi talian telefon baru, kata polis.



Antara kes itu, mangsa diberitahu supaya memindahkan wang kepada bank akaun yang disediakan sebagai yuran pentadbiran atau yuran cagaran sebelum pinjaman wang diberikan.



"Mangsa hanya sedari mereka telah ditipu setelah penipu gagal memberikan pinjaman wang yang dijanjikan," kata polis.



Polis mengingatkan orang ramai bahawa peminjam wang yang berlesen tidak dibenarkan menghubungi bakal peminjam menerusi mesej, panggilan telefon, atau platform media sosial.



Peminjaman wang yang dilakukan secara dalam talian juga tidak dibenarkan, peminjam wang berlesen harus bertemu peminjam di tempat perniagaan diluluskan supaya dapat mengesahkan identiti mereka sebelum memberikan pinjaman.



Senarai peminjam wang berlesen boleh didapati di laman:



www.rom.mlaw.gov.sg/information-for-borrowers/ list-of-licensed-moneylenders-in-singapore/



Sebarang yuran pentadbiran tidak akan diminta daripada peminjam sebelum pinjaman dikeluarkan.



Sebarang yuran sedemikian hendaklah ditolak daripada pinjaman yang akan dikembalikan.



Polis menasihatkan orang ramai supaya menghindarkan dan melaporkan mesej tidak diminta yang menawarkan pinjaman.



Mereka tidak seharusnya memberikan maklumat peribadi seperti NRIC, SingPass atau butiran akaun bank mereka kepada sesiapa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >