Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan AP, Lee Khoon Choy, meninggal dunia

Feb 27, 2016 | 05:50 PM



MANTAN ahli politik Lee Khoon Choy yang juga antara barisan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) pertama negara ini meninggal dunia semalam pada usia 92 tahun.


Anak menantunya, Encik Graham Bell, menerusi satu kiriman e-mel berkata, mendiang menghembuskan nafas terakhir di rumahnya dengan tenang.


Mantan setiausaha parlimen kanan Ho Kah Leong yang diperkenalkan kepada dunia politik oleh Encik Lee berkata mendiang orang yang baik dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan.


Encik Lee juga berkhidmat sebagai duta Singapura ke Indonesia pada 1970-an.


Menerusi laman Facebook Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean semalam, beliau berkata Encik Lee telah banyak menyumbang kepada Singapura.


“Beliau memainkan peranan penting memastikan kedudukan kita dengan Indonesia kukuh pada awal 1970-an selepas Konfrontasi dan pengeboman MacDonald House semasa beliau berkhidmat sebagai duta di Jakarta,” kata Encik Teo sambil menambah beliau berharap generasi akan datang dapat belajar daripada masa silam bagi menjamin masa depan yang aman dan lebih baik.


Encik Lee meninggalkan tujuh anak dan 11 cucu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >