Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan AP PAP, Phua Bah Lee, meninggal dunia pada usia 89 tahun

Dec 27, 2021 | 06:11 PM



MANTAN Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Phua Bah Lee, tokoh utama yang membangun beberapa institusi pasca merdeka di Singapura meninggal dunia pada Ahad (26 Disember). Usianya 89 tahun.



Mendiang Encik Phua dilantik sebagai Anggota Parlimen di kejiranan Tampines pada 1968, tahun yang sama beliau dilantik  bagi memegang jawatan sebagai setiausaha parlimen perhubungan.



Pada 1971, beliau dinaikkan pangkat sebagai setiausaha parlimen kanan bagi Kementerian Pertahanan. Beliau memegang jawatan itu hingga 1988 apabila beliau mengundurkan diri daripada politik.



Dilahirkan pada 1932, Encik Phua lulus daripada Universiti Nanyang (Nantah) pada 1959 dan menyertai perkhidmatan awam pada 1960 sebelum memasuki politik lapan tahun selepas itu.



Sepanjang kerjaya 20 tahunnya dalam bidang politik, Encik Phua bekerjasama dengan pemimpin politik seperti mantan timbalan perdana menteri, Dr Goh Keng Swee.



Beliau juga membantu membentuk atau mengetuai beberapa institusi berbeza.



Sebagai contoh, beliau adalah presiden pengasas Safra antara 1972 dengan 1989.



Beliau juga aktif dalam sukan dan kesenian. Beliau adalah Presiden Persatuan Bola Keranjang Singapura antara 1973 dengan 1991 dan juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Teater Penduduk Kreta Ayer.



Sebagai pencinta opera, beliau bertanggungjawab membawa bintang opera ternama dari Hong Kong, Taiwan dan China ke sini.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu pos di halaman Facebook PAP pada Isnin (27 Disember), berkata Encik Phua adalah Anggota Parlimen berdedikasi dan berkesan.



Encik Lee menambah selain menyaksikan perubahan Tampines daripada kejiranan kampung kepada bandar moden HDB, Encik Phua juga membantu Dr Goh menjaga kejiranan Kreta Ayer.



Encik Phua juga mengambil-alih tugas Anggota Parlimen Ulu Pandan, Dr Chiang Hai Ding, apabila Dr Chiang mengembara ke luar negara, kata Encik Lee lagi.



"Bah Lee adalah penyokong dan anggota parlimen PAP yang setia. Malahan selepas bersara daripada politik pada 1988, beliau kekal aktif mendekati masyarakat dan setia menyokong parti ini dan acara akar umbi bila-bila masa beliau boleh.



"Beliau telah menjalankan amanahnya bagi menjadikan tempat ini tempat lebih baik dan telah mengalihkan batonnya buat pemimpin lebih muda, terus memberi galakan buat mereka dan menyokong misi negara," tulis Encik Lee.



Kerana khidmatnya yang tidak mengenal penat lelah kepada gerakan buruh, Encik Phua dianugerahkan Pingat Teman Buruh oleh NTUC pada 1979, kata Encik Lee, yang memuatnaikkan swafotonya bersama Encik Phua pada Konvensyen Parti PAP65 pada 2019.



Menteri Negara Kanan Pertahanan, Encik Zaqy Mohamad, dalam Facebook berkata pada Ahad bahawa beliau bersedih mendengar berita pemergian Encik Phua yang beliau sanjung kerana membantu membina rumah kelab Safra yang ikonik di Toa Payoh, Bukit Merah dan Tampines - dengan dua daripadanya masih teguh berdiri.



Beliau menambah Encik Phua adalah penyokong kuat perkhidmatan negara dan memperkenalkan cara baru mengiktiraf anggota Perkhidmatan Negara.



Di bawah kepimpinan Encik Phua, Safra memperkenalkan skim dan inisiatif baru untuk menunjukkan penghargaan buat Anggota Perkhidmatan Negara dan keluarga mereka.



Selepas persaraannya, Encik Phua masih menyokong kegiatan Safra secara aktif dan menghadirinya secara tetap.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli, yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines turut menyanjung budi Encik Phua dalam pos Facebook pada Isnin (27 Disember).



Encik Masagos berkata, sewaktu tempohnya sebagai Anggota Parlimen Tampines, Encik Phua membantu memindahkan penduduk kampung yang terjejas dengan pembinaan Lapangan Terbang Paya Lebar.



Bersama pemimpin akar umbinya, beliau membantu menghurai isu yang menjejas kehidupan penduduk sewaktu mereka beralih ke flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Anggota Parlimen GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng, dalam pos Facebook pada Ahad, berkata Encik Phua memainkan peranan penting dalam membangun Kuil Cina Tampines bagi menyatukan 13 kuil kampung yang perlu memberi laluan buat kemajuan baru.



Mendiang Encik Phua meninggalkan seorang balu, Cik Tan Cheok Tin, 85 tahun, dan tiga anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >