Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA DENGAN ENCIK CHAN CHUN SING MENGENAI PERKHIDMATAN AWAM

Mantan CEO Cathay Suhaimi guna pengalaman jadikan OTH satu tarikan

Feb 08, 2021 | 05:30 AM



MEMANG bukan mudah menguruskan hab yang gah seperti Our Tampines Hub (OTH) yang menyediakan pelbagai khidmat kemasyarakatan, beberapa kedai makan dan juga rekreasi bagi warga.



Tetapi cabaran itu disahut Encik Suhaimi Rafdi, yang kini Pengarah Kanan OTH dengan penuh keyakinan.



Hab masyarakat dan gaya hidup bersepadu terbesar yang dikendalikan Persatuan Rakyat (PA) itu kini menerima sekitar 1.1 juta pengunjung setiap bulan, di bawah pimpinan Encik Suhaimi.



Kompleks yang dibuka secara rasmi pada 2017 itu kini menempatkan 120 kedai dan 30 kemudahan awam.



Apabila dipelawa menguruskan OTH sebagai pengarahnya ketika itu, Encik Suhaimi, 53 tahun, berkata beliau memanfaatkan sepenuhnya pengalaman selama 20 tahun di sektor swasta.



Menyandang jawatan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cathay ketika itu, Encik Suhaimi memahami keperluan mengutamakan aspek kewangan demi penakatan selain memastikan syarikat itu terus kekal relevan di mata masyarakat.



Dan nilai tersebut terus diamalkannya apabila kini melangkah ke sektor awam.



"Secara amnya, ramai berpendapat banyak sekatan dan kesukaran dalam melaksanakan tugas di sektor awam.



"Tetapi sebenarnya ia dapat diatasi dengan perancangan teliti dari awal," ujar beliau apabila ditemui di OTH baru-baru ini.



Sering memandang ke hadapan dan meneroka cara terbaru untuk menyuntik kesegaran di OTH, Encik Suhaimi berkata tidak ada cabaran yang terlalu sukar untuknya dalam menggalas tugasan yang berat itu.



"Saya sering melihat gelas itu sebagai separuh penuh dan bukan separuh kosong," katanya positif, sambil tersenyum.



Berbekalkan pemikiran positif dan semangat untuk membangunkan OTH, Encik Suhaimi mula meninjau cara-cara terbaik menyemarakkan tempat tersebut.



Beliau mula mengorak langkah dengan menyepadukan program yang dijalankan bagi masyarakat dengan penglibatan beberapa agensi berbanding satu program, dilaksanakan oleh satu agensi sahaja.



Penyepaduan itu bermakna bukan sahaja baik bagi pengunjung kerana masyarakat boleh menikmati pelbagai jenis tarikan dengan pelibatan paling kurang daripada tiga agensi, malah lebih daripada itu, ia dapat menjimatkan kos bagi pelaksanaan sesuatu program.



"Di OTH, kami mempunyai 12 agensi yang terlibat dan setiap agensi mempunyai agenda dan matlamat mereka tersendiri.



"Jika setiap agensi mahu melaksanakan program tersendiri, kita akan mengalami situasi pengunjung perlu datang setiap minggu untuk menikmati program itu.



"Namun, dengan penyepaduan, bagi setiap program yang dijalankan, pengunjung dapat menikmati pelbagai program daripada pelbagai agensi yang terlibat," katanya.



Di samping itu, penerima Anugerah Jauhari Berita Harian 2012 ini membuat perubahan terhadap cara Pusat Khidmat Awam dikelolakan.



Pusat itu ditubuhkan dengan tujuan mengurangkan keperluan penduduk dirujuk daripada satu agensi ke agensi lain, tanpa susulan yang sewajarnya.



Menurutnya, warga yang datang mendapatkan bantuan daripada 12 agensi yang menyediakan khidmat di pusat itu kini boleh mendapatkan pelbagai khidmat daripada pelbagai agensi menerusi satu pegawai sahaja.



"Dahulu, warga yang memerlukan bantuan, misalnya daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), perlu mengambil nombor beratur untuk berjumpa pegawai HDB dan kemudian mengambil satu lagi nombor beratur untuk berjumpa, misalnya dengan satu lagi agensi seperti Tenaga Kerja Singapura (WSG).



"Tetapi selepas pegawai kami mengikuti latihan, seorang pegawai kini dilengkapi kemahiran memberikan khidmat daripada kesemua 12 agensi menerusi satu nombor beratur," jelasnya.



Sebagai pemimpin dan bapa lima anak, Encik Suhaimi berpegang pada corak kepimpinan "walk the talk" atau buat serupa cakap.



"Perubahan berlaku setiap hari jadi kita perlu sentiasa berada di hadapan dalam apa jua yang ingin kita laksanakan.



"Tidak kira sama ada jenama baru, trend terkini atau program baru yang memanfaatkan masyarakat secara menyeluruh.



"Malah apabila saya pergi bercuti dan saya ternampak sesuatu yang menarik dan boleh diimplementasikan di OTH, saya akan terus mengirimkan idea tersebut kepada pasukan saya dan melihat akan kemungkinan melaksanakannya," katanya lagi.




MANFAAT DIRAIH SEKTOR AWAM DARIPADA PENGALAMAN SUHAIMI RAFDI



"... OTH bukan seperti pusat masyarakat yang lain... ia besar dan memuatkan SportSG, perpustakaan, kemudahan awam... dan kegiatan komersial.

Cabarannya adalah untuk menyatukan semua pihak berkepentingan berbeza ini supaya bekerjasama bagi satu tujuan dan pada masa yang sama tetap berdisiplin supaya ia (OTH) tetap memenuhi syarat kewangan.

Suhaimi membawa dua jenis kemahiran dari segi komersial dan kemahiran menjalin hubungan antara orang untuk berbuat demikian."

- Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing.




TIDAK ADA CABARAN YANG TERLALU SUKAR URUS OUR TAMPINES HUB



"Secara amnya, ramai berpendapat banyak sekatan dan kesukaran dalam melaksanakan tugas di sektor awam.

Tetapi sebenarnya ia dapat diatasi dengan perancangan teliti dari awal.

Saya sering melihat gelas itu sebagai separuh penuh dan bukan separuh kosong."

- Encik Suhaimi Rafdi, yang kini Pengarah Kanan Our Tampines Hub.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >