Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan eksekutif BP dituduh terima rasuah $5.7 juta

Mar 09, 2017 | 10:12 AM



MANTAN eksekutif BP Singapura telah diheret ke mahkamah pada Khamis (Mac 9) atas tuduhan memperoleh kira-kira AS$4 juta ($5.7 juta) dalam bentuk rasuah daripada seorang ahli perniagaan.



Ini dipercayai merupakan rasuah terbesar. Dia menghadapi 47 tuduhan.



Clarence Chang Peng Hong, 51 tahun, bekas pengarah serantau timur BP bagi minyak marin, menghadapi 19 tuduhan menerima rasuah berjumlah AS$3.95 juta daripada Encik Koh Seng Lee, pengarah eksekutif Pacific Perdana Trading (PPT) sebagai dorongan untuk memajukan kepentingan perniagaan PPT dengan BP.



Kesalahan didakwa berlaku antara Julai 2006 dengan September 2008.



Dia dikatakan bersetuju menerima rasuah sebanyak $500,000 daripada Encik Koh sebelum September 2009 untuk memajukan kepentingan perniagaan PPT dengan BP.



Sebanyak 16 kali antara Januari 2007 dan Mac 2010, Chang merupakan pengurus jualan marin serantau apabila dia didakwa memindahkan $4.7 juta wang rasuah daripada akaun HSBC di Hong Kong ke akaun POSB Bank dan dua akaun HSBC lain di Singapura.



Jumlah yang dipindangkan itu adalah antara $76,568 dengan $725,500.



Dia juga menghadapi 10 tuduhan mengubah harta berjumlah $3.97 juga, kesemua atau sebahagiannya - manfaat langsung atau tidak langsung daripada rasuah - untuk memperoleh tiga rumah di Da Silva Lane, Jalan Limau Purut dan Ettrick Teres, dan dua kondominium di Pasir Ris Grove.



Dia juga dituduh menukarkan $111,000 daripada wang rasuah untuk memperoleh modal saham dalam Mindchamps Preschool@City Square pada 16 September 2009.



Chang, yang diwakili peguam Alfonso Ang, akan muncul di mahkamah lagi pada 6 April. Dia diikat jamin $200,000.



Biro Siasatan Amalan Rasuah dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Singapura tidak bertolak ansur terhadap rasuah dan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan itu.



Hukuman maksimum bagi rasuah ialah denda $100,000 dan penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.



Jika sabit kesalahan di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Manfaat), dia boleh didenda sehingga $500,000 dan/atau penjara sehingga tujuh tahun bagi setiap pertuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >