BEKAS jeneral Angkatan Udara Republik Singapura, Cik Gan Siow Huang, dilihat menyertai lawatan bersama Anggota Parlimen (AP) dari GRC Bishan-Toa Payoh pada pagi Ahad lalu, mencetus spekulasi bahawa beliau mungkin dikemukakan sebagai calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya umum akan datang.
Cik Gan, yang meletak jawatan sebagai Ketua Turus Udara minggu lalu, dilihat berada di samping Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, semasa lawatan ke Pusat Beli-Belah Bishan North, di mana mereka berbual dengan penduduk di sebuah kedai kopi.