TIGA bekas pemimpin Majlis Pusat - mantan presiden Saharudin Kassim, mantan setiausaha kewangan Abdul Ghani Tahir, dan mantan pengurus Gazaly Malek - dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan cuba menipu sebuah kementerian dan tiga agensi pemerintah berhubung perbelanjaan projek penyalaan lampu Raya Geylang Serai.
Turut didakwa ialah Salleh Sam, pemilik syarikat MCC Events & Production yang diberi kontrak mengendalikan projek itu.