Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan ketua MDIS Theyvendran meninggal

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



MANTAN setiausaha agung Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS), Dr R. Theyvendran, meninggal dunia pada usia 79 tahun Selasa lalu.



Mendiang, yang juga mantan pengerusi Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI), menjadi anggota majlis pentadbiran MDIS dari 1989 hingga 2020, kata MDIS semalam.



MDIS mengatakan sumbangan mendiang kepada perkembangan Institut itu amat besar.



"Beliau tunggak sokongan penting bagi majlis pentadbiran (MDIS).



"Kami menghargai sumbangannya dan akan selalu mengingatinya," ujar MDIS.



Dalam satu video yang dimuat naik ke laman Facebook institut itu bagi memperingati Dr Theyvendran, beliau disifatkan sebagai seorang pemimpin hebat, seorang yang baik dan seorang wira.



Beliau juga mempunyai reputasi mengubah pertubuhan yang mengalami kerugian menjadi pertubuhan yang menikmati keuntungan.



Misalnya, Dr Theyvendran menyertai syarikat Stamford Press yang sedang mengalami kerugian pada 1983 dan mengembangkannya menjadi sebuah kumpulan syarikat yang sekarang dikenali sebagai Stamford Media International, dengan perniagaan dalam e-dagang, pembangunan sofwe dan teknologi.



Apabila beliau menyertai MDIS pada 1989 pun, institut pendidikan tidak meraih keuntungan itu sedang mengalami kerugian sekitar $60,000 setahun.



Namun dalam tiga tahun, beliau berjaya mengembangkannya hingga institut itu mempunyai lebihan dana lebih $1 juta.



Dr Theyvendran, yang dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat pada 1998, turut memainkan peranan di pelbagai institusi lain, termasuk TCC Credit Co-operative, Secureguard Security Services Co-operative, Security Masters, Persatuan Tamil Ceylon Singapura, Kuil Sri Senpaga Vinayagar, Kelab Sukan Ceylon dan Majlis Perwakilan Tamil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >