Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan menteri Kabinet Ong Pang Boon berusia 87 tahun

Mar 28, 2016 | 10:58 AM



MANTAN menteri Kabinet Ong Pang Boon berusia tepat 87 tahun pada Isnin (28 Mac), tetapi sambutan hari lahir beliau diadakan awal bersama ahli MK Club sempena ulang tahun dan mesyuarat agung tahunan (AGM) kelab sosial itu pada Ahad (20 Mac) lalu.



Encik Ong - satu-satunya anggota Kabinet pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada 1959 yang masih hidup - meniup lilin dan memotong kek selepas lebih 30 ahli kelab itu menyanyikan lagu Happy Birthday dalam bahasa Mandarin di Pusat Kegiatan dan Riadah bagi Warga Emas di Kompleks Hong Lim.



Sambutan hari jadi Encik Ong diadakan setiap tahun semasa AGM kelab itu pada Mac, kerana ia juga bulan kelahiran beliau.



MK Club bermula sebagai sebuah kumpulan tidak rasmi yang dibentuk beberapa anggota PAP, termasuk Encik Ong, pada 1956, dua tahun selepas penubuhan parti itu.



Encik Png menjadi menteri pelbagai portfolio sebelum bersara pada 1984.



Duda tiga anak itu berkata beliau sentiasa makan sederhana dan mengelak makan berat yang kaya kalori.



"Saya membesar dengan memakan makanan mudah seperti kentang, sayur-sayuran dan kacang tanah dan saya masih gemar makanan itu hari ini."



Presiden MK Club, Cik Ho Puay Choo, 87 tahun, berkata: "Beliau (Encik Ong) kawan lama saya dan seorang yang baik dan kami semua mengharapkan beliau panjang umur."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >