Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Mantan Menteri Kanan, S.Jayakumar dianugerah penghormatan awam tertinggi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mantan Menteri Kanan, S.Jayakumar dianugerah penghormatan awam tertinggi

Apr 04, 2021 | 10:02 PM

Mantan Menteri Kanan, yang merupakan penasihat undang-undang kanan kepada menteri hal ehwal luar, Profesor S. Jayakumar telah menerima penghormatan orang awam tertinggi, Darjah Utama Temasek (Dengan Kepujian Tinggi) atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada Singapura.

Beliau adalah di antara lebih 500 individu yang menerima anugerah daripada Presiden Halimah Yacob dalam majlis Anugerah Hari Kebangsaan 2020, pada Ahad (4 April). 

Majlis penyampaian anugerah itu telah ditangguhkan pada tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang mengucapkan tahniah kepada para penerima serta melahirkan terima kasih di atas dedikasi dan khidmat mereka kepada Singapura, dalam satu catatan di Facebook. 

Encik Lee juga merakamkan penghargaannya kepada Encik Jayakumar, yang telah mengabdikan kehidupannya dalam perkhidmatan awam dengan  berkhidmat sebagai diplomat dan memegang banyak portfolio Kabinet, termasuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara. 

“Beliau juga memainkan (dan masih memainkan) peranan penting untuk melindungi kepentingan nasional kita dalam isu-isu dua hala yang penting dan sensitif, seperti pertikaian Pedra Branca,” ujar Encik Lee. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3