Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Menteri Negara Kanan Encik Sidek Saniff lancar buku kisah hidupnya

Hasil jualan buku akan didermakan kepada badan Melayu/Islam, kata penerbit.
Jul 10, 2018 | 06:00 PM



MANTAN Menteri Negara Kanan, guru dan pejuang hak pekerja Encik Sidek Saniff, semalam,  melancarkan memoir yang menceritakan perjalanan 80 tahun hidupnya sebagai pemimpin Melayu.



Bercakap di majlis pelancaran buku itu di The Arts House  Encik Sidek berkata beliau menulis biografi itu kerana ingin berkongsi kisah hidupnya dari saat kanak-kanak, mendewasa di kampung, sebagai seorang ahli kesatuan kerja dan tokoh politik.



“Beberapa insan baik hati telah memberitahu saya bahawa saya telah memberi sumbangan penting kepada masyarakat dan negara. Ada juga yang berkata sumbangan saya luar biasa.



“Kata-kata pujian seperti itu membuat saya tidak terkata-kata... kerana saya sekadar memberi  sumbangan sebagai manusia biasa yang menerima bantuan tambahan daripada orang di sekeliling... guru seangkatan yang menjadi aktivis dalam KGMS (Kesatuan Guru Melayu Singapura), pemimpin akar umbi dan berbilang pertubuhan Melayu/Islam,” kata Encik Sidek yang berkecimpung 25 tahun dalam bidang politik.



Berjudul Langkah Liku Selayang Kenangan Sidek Saniff, buka setebal itu 256 halaman itu ditulisnya sendiri dan disunting oleh mantan penulis kanan di Berita Harian Encik Mohd Raman Daud.



Ia diterbitkan dalam kededua kulit keras dan kulit lembut.



Encik Sidek juga menerbitkan biografi itu dalam bahasa Inggeris, berjudul ‘Sidek Saniff: Life Reflections at Eighty’.



Dilahirkan pada 1938, Encik Sidek, anak sulung dalam keluarga 12 anak  mendewasa di Kampung Radin Mas.



Dalam bukunya itu, Encik Sidek menceritakan bagaimana beliau membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjaja kuih serata kampung.



Namun kemiskinan tidak menghambat tekadnya untuk berjaya dan Encik Sidek berjaya mendapat tempat di Kolej Latihan Sultan Idris, di Tanjong Malim, Perak, di mana beliau menjalani pengajian untuk menjadi guru.



Justeru, beliau menjadi guru dan memasuki politik selepas merangkul ijazah sarjana muda Seni dan Sains dengan kepujian dari Universiti London.



Encik Sidek berkhidmat dalam berbilang jawatan termasuk sebagai Setiausaha Parlimen (Kementerian Perdagangan dan Industri), Menteri Negara Kanan (Pendidikan) dan bersara dari politik sebagai Menteri Negara Kanan (Sekitaran) pada 2001.



Naskhah kulit keras dijual dengan harga $50 sementara kulit lembut berharga $30.



Set hadiah mengandungi kededua buku kulit keras  versi Inggeris dan Melayu berharga $80.



Menurut jurucakap penerbit Opus Media, kesemua hasil buku itu akan didermakan kepada badan Melayu/Islam. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >