Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan panglima bakal tinggalkan A*Star untuk pimpin Agensi Makanan Singapura

Mar 26, 2019 | 05:30 PM



ENCIK Lim Chuan Poh, mantan panglima pertahanan dan pengerusi agensi kajian sains telah dilantik sebagai pengerusi lembaga berkanun terkini di Singapura.

Mulai bulan depan, Encik Lim, 57 tahun akan menjadi pengerusi Agensi Makanan Singapura – badan yang ditubuhkan bagi bertanggungjawab ke atas semua perihal makanan bagi Singapura, termsuk keselamatan makanan.

Menurut Encik Lim, beliau akan meluangkan sepertiga masanya dalam jawatan sebagai pengerusi bukan eksekutif SFA, tetapi belum lagi memberi komitmen untuk berkhidmat sepenuh masa.

Dalam laporannya, akhbar The Straits Times (ST) berkata SFA akan memanfaatkan pengalaman yang dikumpulkan Encik Lim selama beliau memimpin Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*Star) – agensi kajian sektor awam terbesar di Singapura. Beliau meninggalkan agensi itu selepas berkhidmat selama 12 tahun. 

Agensi itu ditubuhkan selaras dengan usaha Singapura untuk mempertingkat usaha dalam penghasilan makanan. Ia bertujuan menghasilkan 30 peratus makanan yang diperlukan di sini menjelang 2030.

Menurut Encik Lim, tumpuan lebih padu bagi usaha ini, untuk melahirkan huraian sektor makanan menggunakan teknologi canggih akan mengubah landskap pertanian dan meraih ganjaran, serupa dengan pengalaman Singapura dalam pengilangan barangan bermutu dan bernilai tinggi.

“Kisah makanan ialah antara peluang pertumbuhan yang baru,” kata Encik Lim.

“Ini boleh dilakukan menerusi pelaburan yang berdaya tahan dalam kajian, dan menyelaraskannya dengan keprihatinan menyeluruh tentang kemampanan sektor ini, ujar beliau, yang menambah Singapura berada dalam kedudukan kukuh dalam sektor pengilangan lanjut.

“Kita berada di kedudukan kelima di dunia dari segi pengilangan bernilai tambah dan kita menghasilkan empat daripada 10 ubat yang paling utama di dunia. Keupayaan serupa ini diperlukan untuk kita mengubah teknologi pertanian,” tambah beliau.

Di bawah kepimpinannya Encik Lim, landskap kajian dan pembangunan di Singapura telah tumbuh pesat.

Pada 2017, sebagai contoh, 93 syarkat utama yang bekerjasama dengan A*Star menyumbang $4 bilion kepada perbelanjaan perniagaan keseluruhan negara dalam kajian dan pembangunan (R&D).

Setahun sebelum itu, pengilangan sains biomedikal merangkumi sekitar empat peratus hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura, dan menggajikan lebih 20,000 pekerja.

Iklim kajian yang kukuh ini telah membuka laluan kemajuan bagi sektor makanan, kata Encik Lim.

Menurut Encik Lim, saintis di A*Star telah membentuk syarikat yang bertujuan menghasilkan daging yang ditumbuh dalam makmal dan pengkaji di sini sedang menggunakan serangga sebagai sumber protein yang kaya bagi makanan haiwan ternakan.

“Kami mahukan Singapura menjadi hab bagi rantau ini, supaya barangan seperti ini boleh ditunjukkan dan diterima, dan supaya penghasilannya boleh ditambah dan berkembang,” kata Encik Lim.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >