Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pemimpin Presiden Persatuan Arab S'pura meninggal dunia

Jul 11, 2018 | 05:30 AM



MANTAN Presiden Persatuan Arab Singapura atau Al-Wehdah Al-Arabiyah Bi Singhafura, Syed Abdullah Haroon Aljunied, meninggal dunia malam kelmarin.



Allahyarham, 88 tahun, yang terlantar sakit di katil sejak setahun lalu, meninggal dunia sekitar 11 malam kelmarin di rumahnya di Telok Kurau, selepas menghidap angin ahmar.



Ini dinyatakan anak keempat Allahyarham, Sharifah Shifa Abdullah Aljunied, 61 tahun, semalam.



"Arwah bapa memang sudah sekian lama menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, dan kencing manis, tapi semua terkawal.



"Namun malam kelmarin arwah bapa menunjukkan kesukaran untuk bernafas dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 11 malam - dikelilingi keluarga tersayang," kata ibu empat anak itu lagi.



Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Sultan selepas solat zuhur, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Pusara Aman.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Syed Abdullah tinggi ilmu dan memberi sumbangan besar pada masyarakat Islam melalui majlis fatwa. Moga Allah memberi ruh beliau pengampunan dan tempat yang penuh berkat."



Dalam satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melahirkan rasa sedih di atas pemergian Allahyarham yang dianggap seorang pemimpin kanan masyarakat yang amat dihormati.



"Pemergiannya satu kehilangan besar buat kami semua sedang kami mengenang sumbangan beliau kepada masyarakat Muslim Singapura," kata kenyataan itu lagi.



Allahyarham memimpin Persatuan Arab Singapura pada 1981 dan menyumbang kepada pertumbuhan menggalak budaya Arab di sini.



Sejak beberapa tahun lalu, persatuan itu berkembang dan mula menyediakan Biasiswa Al-Wehdah selain menyumbang kepada bantuan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.



Allahyarham meninggalkan balu, Sharifah Bahya Saleh Alsagoff, 82 tahun, enam anak, 13 cucu dan 14 cicit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >