Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengarah Cawangan Khas Malaysia dianugerah Pingat Jasa Gemilang

May 27, 2022 | 06:05 PM



MANTAN pengarah Cawangan Khas Malaysia (MSB), Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan telah menerima anugerah berprestij Singapura, Pingat Jasa Gemilang, atas sumbangannya dalam memperkukuhkan keselamatan antara Malaysia dan Singapura serta rantau ini.



Pingat tersebut telah disampaikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu majlis di Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada hari ini (27 Mei). 



Datuk Seri Farid dilantik sebagai Pengarah MSB dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 17 Jun 2019, menerajui MSB selama dua tahun sebelum bersara daripada perkhidmatan pada Jun 2021.



“Di bawah kepimpinan Datuk Seri Farid, hubungan antara MSB dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura menjadi lebih kukuh dan erat.



“Kedua-dua MSB dan ISD telah mengekalkan pertukaran perisikan substantif dan kerjasama yang meluas dalam bidang kepentingan keselamatan bersama, terutamanya dalam memerangi keganasan.



“Kerjasama erat antara kedua-dua Perkhidmatan membantu dalam mematahkan kegiatan ISIS dan entiti lain yang berkaitan dengan keganasan di rantau ini,” kata ISD dalam kenyataannya. 



Di sebalik cabaran yang timbul disebabkan oleh pandemik Covid-19, ISD menambah Datuk Seri Farid menunjukkan kepimpinan dan komitmen yang bijak dalam bekerjasama rapat dengan Singapura, dalam menangani ancaman keganasan yang berterusan.



Majlis tersebut dihadiri tetamu dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan pegawai dari MHA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >