Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengarah ISD Tjong Yik Min meninggal dunia

Jun 01, 2019 | 07:25 PM



MANTAN pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Tjong Yik Min telah meninggal dunia.



Encik Tjong, yang juga pernah berkhidmat sebagai pengarah dan presiden kumpulan Singapore Press Holdings, meninggal dunia pada 9 malam tadi (31 Mei), menurut satu kenyataan daripada keluarganya hari ini.



“Dengan hati yang berat, kami sedih memaklumkan kepada anda bahawa Yik Min telah meninggal dunia malam tadi.



“Beliau ingin kami sampaikan ucapan selamat tinggal daripadanya dan terima kasih kerana sudah menjadi sebahagian hidupnya,” menurut kenyataan tersebut.



Difahamkan, mendiang menghidap barah.



Mendiang berkhidmat sebagai pengarah ISD dari 1986 hingga 1993 sebelum berkhidmat sebagai setiausaha tetap di Kementerian Perhubungan dari 1993 hingga 1995.



Beliau bersara daripada perkhidmatan awam pada 1995.



Selepas itu, beliau menyertai sektor swasta dan mula berkhidmat sebagai presiden kumpulan SPH pada 1995. Beliau meletak jawatan pada 2002.



Selain itu, mendiang juga berbakti dengan pelbagai pertubuhan lain termasuk Yeo Hiap Seng (YHS), Genting Singapore dan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam pelbagai peranan termasuk presiden, ketua pegawai operasi, pengarah bukan eksekutif dan anggota lembaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >