Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Pengerusi AMP, Yang Razali, meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Aug 08, 2022 | 05:30 AM



MANTAN Pengerusi Lembaga AMP, Encik Yang Razali Kassim, meninggal dunia semalam.



Allahyarham, 67 tahun, yang juga mantan Editor Serantau, akhbar The Business Times pernah menjadi Timbalan Pengerusi Pengasas Lembaga AMP antara 1991 dengan 1993, sebelum menjadi Pengerusi Lembaga AMP antara 2004 dengan 2006.



Di samping itu, Allahyarham juga pernah menjadi Penolong Utama kepada Editor akhbar The Straits Times antara 1980 dengan 1991.



Sebelum beliau meninggal dunia, Allahyarham sedang memegang jawatan zamil kanan di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).



Isteri Allahyarham, Cik Dinah Musa, 67 tahun, berkata suaminya telah dijangkiti Covid-19 kritikal pada lewat April lalu.



Disebabkan masalah jantung sampingan yang dialami Allahyarham, keadaannya menjadi rumit. Allahyarham juga kemudian mengalami jangkitan.



Cik Dinah berkata suami beliau meninggal dunia di hospital pagi semalam.



Beliau menyifatkan suaminya itu sebagai seorang individu yang prihatin dan mengambil berat tentang masyarakat, dan seorang suami, bapa dan datuk yang penyayang.



"Beliau selalu memikirkan tentang kebaikan yang lebih besar berbanding kepentingan peribadi.



"Sebagai suami, beliau amat penyayang. Sebagai datuk, beliau amat memanjakan. Sebagai bapa, beliau sangat bertanggungjawab dan selalu menggalak anak-anak melakukan yang terbaik dan menyumbang kembali kepada masyarakat," kata pengurus Program Bantuan Kemanusiaan Ampro itu.



Cik Dinah dan suami mempunyai empat anak dan lima cucu.



AMP, dalam kenyataannya kepada media semalam, berkata pihak mereka berduka cita mendapat berita bahawa Allahyarham Yang Razali, salah seorang pengasas AMP, telah kembali ke Rahmatullah.



Badan itu berkata Allahyarham merupakan seorang aktivis yang prihatin tentang pembangunan masyarakat Melayu/Islam Singapura, dan keprihatinan itu, bersama dengan para aktivis yang lain, telah membawa kepada penubuhan AMP pada 1991.



"Setelah itu, Allahyarham terus melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat Melayu di sini dan juga di AMP, termasuk pada saat-saat penting di dalam sejarah AMP.



"Kami amat menghargai pengorbanan dan sumbangan Allahyarham terhadap AMP selama ini," kata AMP.



Adik ipar Allahyarham, Encik Mohammad Alami Musa, berkata abang iparnya seseorang yang berjiwa masyarakat, malah sentiasa memikirkan nasib dan kepentingan masyarakat.



Encik Alami ialah mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan juga salah seorang pengasas AMP.



"Sebagai anggota pengasas AMP, Allahyarham mempunyai idea-idea berani untuk mengubah nasib masyarakat Islam Singapura. Beliau dikenali sebagai pemimpin yang tidak segan untuk memberi pandangan yang berani dan meluahkan perasaan secara tulus ikhlas.



"Idea Allahyarham dihargai ramai, termasuk di peringkat politik," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >