Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan pengerusi LPM Masjid Abdul Aleem Siddique meninggal

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



MANTAN Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Abdul Aleem Siddique, Haji Abdul Jalil Sidik Mohamad Rasheed, meninggal dunia petang semalam selepas mengalami masalah pernafasan ekoran jangkitan paru-paru.



Allahyarham, usahawan perkapalan berusia 72 tahun, sudah tiga hari dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), Hospital Besar Singapura (SGH).



Memaklumkan perkara ini kepada Berita Minggu semalam, abang Allahyarham, Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed, yang juga mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), berkata:



"Awalnya adik saya digegaskan ke Unit Kemalangan dan Kecemasan (A&E) sebelum dirawat di ICU. Beliau sesak nafas dan mengalami jangkitan paru-paru.



"Sepanjang hayatnya, beliau adalah aktivis masyarakat dan masjid yang mempunyai nyala rasa terhadap kerja membabitkan ummah dan suka membantu.



"Beliau juga usahawan yang gigih dan selalu mencari huraian sebaiknya buat perniagaan perkapalan yang diusahakan sendiri di rantau ini dan ditebarkan ke kawasan Timur Tengah.



"Dalam tempoh pandemik Covid-19 di mana banyak perniagaan terjejas, tempiasnya turut dirasakan dalam sektor perkapalan. Namun, beliau tidak berputus asa."



Antara yang diusahakan bapa dua anak ini buat Masjid Abdul Aleem Siddique sewaktu menjadi pengerusi sekitar era 2000-an adalah mengundang peserta bukan Muslim dari Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Joo Chiat bagi program dalam bahasa Inggeris yang memperkembangkan pemahaman antara agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >