Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan penyelia dihukum penjara sebabkan kematian di tempat kerja

Jan 25, 2017 | 08:16 AM



SEORANG mantan penyelia dijatuhi hukuman penjara empat minggu pada Selasa (24 Jan) kerana menyebabkan kematian seorang pengendali bahan ketika melakukan suatu perbuatan yang membahayakan keselamatan.

Sebagai penyelia di sebuah syarikat logistik, Ngoi Chee Kin, 33 tahun, diarah supaya tidak menggunakan mesin untuk mengangkut penumpang.

Tetapi Ngoi, seorang warga Malaysia, melanggar peraturan dan mengangkut pekerja bawahannya dengan trak jangkauan.

Ngoi, bekas penyelia pengendalian bahan dan pengangkutan di XPO Logistics Worldwide, dijatuhi hukuman itu atas kematian pengendali bahan, Encik Teong Kok Wee.

Dia melakukan kesalahan itu di gudang syarikat tersebut di Pandan Avenue pada 24 Mac 2014.

Sekitar 6.40 petang itu, Ngoi meminta Encik Teong, 28 tahun, dan dua rakan bekerja lembur dan mengambil beberapa barangan yang perlu dihantar pada hari berikutnya.

Encik Teong, seorang warga Malaysia, mencadangkan beliau berdiri di atas trak jangkauan itu - serupa forklift - untuk mengambil barang dari rak tinggi.

Pendakwa daripada Kementerian Tenaga Manusia Delvinder Singh berkata Ngoi setuju walaupun tahu dia tidak sepatutnya berbuat begitu.

Encik Teong duduk di atas palet kayu trak yang Ngoi dikendalikan. Mereka bergerak ke beberapa rak dan Ngoi menaikkan rakannya itu pada ketinggian antara 2 meter dan 4 meter untuk mengambil barang. Ngoi kemudian mengundurkan trak.

Akibatnya, Encik Teong terjatuh ke belakang dan kepalanya terhentak ke lantai.

Beliau dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional dan meninggal dunia lima hari kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >