Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan penyiar radio Jamilah Yusop meninggal

Jun 24, 2019 | 05:30 AM



MANTAN penyiar radio, Jamilah Yusop, 65 tahun, telah meninggal dunia semalam petang selepas lebih tiga minggu dimasukkan ke hospital akibat pelbagai komplikasi organ.



Mengesahkan demikian kepada Berita Harian, suaminya, Encik Jamaludin Mohamad, 68 tahun, memberitahu isterinya telah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sejak Khamis lalu selepas mengalami kegagalan jantung.



"Isteri saya dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar dengan menggunakan ambulans pada 3 Jun, dua hari sebelum Hari Raya. Terdapat beberapa komplikasi organ, termasuk jangkitan paru-paru. Kemudian selepas menjalani imbasan CT, doktor mengesan pendarahan di kepala.



"Beliau juga melalui balloning untuk saluran ke buah pinggang sebelum menjalani pembedahan ketika jantung pula bermasalah," kata Encik Jamaludin, pesara yang pernah berkhidmat di bahagian operasi pentadbiran di Mediacorp.



Empat hari selepas berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan doktor memberitahu tiada harapan lagi untuk Jamilah hidup, keluarganya mengambil keputusan untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan tersebut.



"Saya kehilangan isteri yang meninggalkan kesan yang besar dalam hidup saya dan anak-anak,'' tambah Encik Jamaludin.



Sebelum itu, untuk beberapa tahun, Allahyarhamha Jamilah memang pernah dilaporkan mengidapi penyakit kencing manis dan buah pinggang.



Menerusi buku yang ditulisnya sendiri berjudul Berat Mata Memandang yang dilancarkan pada 2015, ibu dua anak dan nenek kepada seorang cucu perempuan itu berkongsi perasaan dan perjalanan hidupnya selepas disahkan mengalami kerosakan ginjal tahap akhir pada 2012 dan terpaksa menahan diri dicucuk jarum bagi menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.



Kededua ginjalnya tidak berfungsi akibat kesan jangka panjang penyakit kencing manis yang tidak terkawal dengan baik sejak 20 tahun lalu.



Dalam satu interviu dengan BH mengenai buku itu, beliau berkongsi:



"Mulanya, saya hanya ingin menyimpan pengalaman ini di dalam lipatan sejarah kehidupan senja saya ini.



"Tapi, saya rasa saya perlu mengongsi bersama pembaca agar mereka lebih menyedari tentang kegagalan ginjal daripada pengalaman peribadi seorang pesakit ginjal."



Lebih penting lagi beliau ingin bukunya itu dijadikan iktibar bersama masyarakat Melayu yang segolongan besar mengalami penyakit kronik seperti penyakit ginjal, kencing manis atau tekanan darah tinggi.



"Saya bukanlah seorang penulis tetapi mempunyai naluri ingin berkongsi maklumat dengan anggota masyarakat agar mereka memahami lebih mendalam lagi tentang risiko kegagalan ginjal daripada pelbagai sudut, lebih-lebih lagi dari sudut kos dan emosi," ujarnya.



Mantan penerbit radio itu pernah memenangi Anugerah Bintang Radio 2003 yang dianugerahkan MediaCorp Radio.



Beliau dahulu biasa mengendalikan pelbagai rancangan radio termasuk program kanak-kanak yang berjaya melahirkan beberapa bintang cilik terkenal serta ruangan bangsawan selama 11 tahun.



Jenazah Allahyarhamha akan dikebumikan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >