Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan Presiden Sri Lanka lanjut lawatan ke S'pura

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



MANTAN Presiden Sri Lanka, Encik Gotabaya Rajapaksa, dijangka melanjutkan lawatannya ke Singapura.



Difahamkan, pas lawatan jangka pendek beliau yang diberikan semasa beliau tiba bagi lawatan peribadi dua minggu lalu, telah dilanjutkan selama lagi 14 hari.



Ini sedang jurucakap Kabinet Sri Lanka, Encik Bandula Gunawardena, memberitahu media kelmarin bahawa beliau dijangka pulang ke tanah air.



Tambahnya, beliau tidak tahu bila Encik Rajapaksa akan pulang namun menekankan bahawa mantan presiden itu tidak bersembunyi dan tidak dibuang negeri.



Seorang lagi pegawai pemerintah Sri Lanka yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata Encik Rajapaksa mahu pulang ke tanah air secepat mungkin dan mahu kembali tinggal di kediaman peribadinya di pinggir ibu kota Sri Lanka di Colombo, menurut laporan media.



Pada 14 Julai lalu, Encik Rajapaksa, 73 tahun, diberi pas lawatan 14 hari semasa beliau tiba di Lapangan Terbang Changi dengan menaiki penerbangan Saudia dari Maldives.



Beliau melarikan diri dari Sri Lanka di tengah-tengah krisis ekonomi yang semakin meluas dan bantahan terhadap pemerintah sedang inflasi yang meningkat menjejas harga barang keperluan asas seperti makanan dan minyak.



Sejurus selepas beliau tiba di Singapura, Encik Rajapaksa meletak jawatan dan ini diumumkan secara rasmi oleh parlimen Sri Lanka pada 15 Julai.



Sekutu dan mantan Perdana Menteri Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, diundi oleh penggubal undang-undang sebagai presiden baru negara itu minggu lalu.



Difahamkan, visa baru yang diberikan kepada Encik Rajapaksa akan tamat pada 11 Ogos.



Encik Rajapaksa pada awalnya menginap di sebuah hotel di pusat bandar tetapi dipercayai telah berpindah ke sebuah kediaman peribadi.



Beliau mengekalkan profil rendah sejak beliau tiba di sini dan tidak dilihat di tempat awam sejauh ini.



Selepas beliau tiba di Singapura pada 14 Julai, seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengesahkan bahawa Encik Rajapaksa telah dibenarkan masuk ke Singapura bagi lawatan peribadi.



MFA berkata Encik Rajapaksa juga tidak memohon suaka dan tidak diberikan suaka.



Tambahnya, Singapura secara umumnya tidak memberi kelulusan bagi permintaan suaka.



Minggu lalu, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata pengunjung dari Sri Lanka yang memasuki Singapura bagi lawatan sosial akan umumnya diberi pas lawatan jangka pendek bagi tempoh hingga 30 hari.



Mereka yang perlu melanjutkan lawatan mereka di sini boleh memohon untuk melakukan demikian menerusi dalam talian.



Permohonan akan dinilai berdasarkan kes demi kes, ujar ICA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >