Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan timbalan pengarah LTA dipenjara 5 tahun kerana rasuah

Sep 02, 2021 | 08:09 PM



SEORANG mantan timbalan pengarah kumpulan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (2 Sept) dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah kerana menerima rasuah sekitar $1.24 juta dalam bentuk pinjaman daripada kontraktor dan subkontraktor.



Henry Foo Yung Thye, 47 tahun, yang mempunyai hutang akibat ketagihan berjudi, juga diperintahkan untuk membayar denda $1,156,250, setara dengan jumlah yang belum dikembalikannya.



Warga Singapura itu sebelum ini mengaku bersalah atas tujuh tuduhan rasuah. Sebanyak 29 lagi tuduhan, termasuk menipu, dipertimbangkan semasa penjatuhan hukuman.



Timbalan Ketua Hakim Jennifer Marie berkata Foo telah secara berterusan meminta pinjaman daripada kontraktor dan subkontraktor antara 2014 dan 2019. Rasuah yang terlibat bernilai lebih $100,000 untuk setiap tuduhan yang dia didapati bersalah.



Siasatan menunjukkan bahawa bayaran itu dibuat oleh kontraktor dan subkontraktor yang mempunyai kontrak bernilai sekitar $815 juta dengan LTA yang diawasi oleh Foo.



“Perilaku mengejutkan yang dipaparkan itu menunjukkan seorang lelaki yang tidak ragu-ragu dalam terus-menerus ... melibatkan dalam rasuah orang-orang yang beliau sepatutnya mengawas,” kata hakim.



“Ini juga mungkin telah menjejas pesaing pihak yang memberi bayaran itu kerana mereka tidak akan dapat bersaing secara adil.”



Kesalahannya terdedah pada Oktober 2018, ketika Biro Siasatan Amalan Rasuah menerima aduan bahawa Foo telah meminta pinjaman daripada subkontraktor LTA.



Foo meletak jawatan daripada LTA pada September 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >