Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan valediktorian NTU didakwa tipu teman untuk pinjam $800,000

Dec 28, 2019 | 04:13 PM



SEORANG wanita yang didakwa menipu sekitar 70 teman-temannya untuk mendapatkan wang lebih $800,000 kini disiasat polis.



Alexandra Low, mantan juruanalis kewangan, dipercayai telah meminjam wang dengan pelbagai alasan, antaranya untuk membayar cagaran rumah, menurut salinan laporan polis yang diperolehi akhbar The Straits Times.



Polis mengesahkan bahawa siasatan sedang dilakukan.



Difahamkan bahawa lebih 10 laporan polis berbeza telah dibuat.



Laporan yang dilihat oleh ST menyatakan bahawa seramai 73 orang telah memberi pinjaman kepada Low selepas dia menghampiri mereka dengan pelbagai sebab.



Ada yang diberitahu dia memerlukan wang tersebut untuk membayar hutang pakciknya yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja, manakala temannya yang lain diberitahu ibunya di hospital dan dia memerlukan wang tersebut untuk membayar bil hospital.



Namun, Low, 25 tahun, memberitahu polis bahawa dia meminjam sekitar $800,000 hingga $900,000 dari teman-temannya untuk menjalani prosedur membesarkan payu dara.



Menurut teman-temannya yang ditemu ramah, Low merupakan seseorang yang dipercayai dan juga pernah menjadi valediktorian Universiti Teknologi Nanyang (NTU). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >