Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Marah pegawai keselamatan: Majikan pemilik kondo akan siasat kejadian

Oct 28, 2019 | 03:21 PM



PERSATUAN Pekerja Keselamatan (USE) dan dua persatuan agensi keselamatan  mengutuk tindakan memarahi seorang kakitangan keselamatan, setelah video menunjukkan seorang lelaki memekik dan memaki pegawai keselamatan di kondominium di Whampoa tular baru-baru ini.



Majikan lelaki itu, syarikat perkhidmatan kewangan dunia JP Morgan, memberitahu The Straits Times semalam (27 Oktober) bahawa mereka sedang menyiasat kejadian ini.



USE berkata bahawa mereka bekerjasama dengan polis dan telah mengeluarkan notis tentang menghormati pegawai keselamatan yang sedang menjalankan tugas.



“Kami mengutuk sebarang salah laku terhadap pegawai keselamatan kami… Persatuan ini berdiri teguh bersama pegawai kami,” kata setiausaha terhormat USE, Encik Raymond Chin.



Dalam video itu, lelaki tersebut kelihatan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pegawai keselamatan apabila diberitahu bahawa beliau harus membuat bayaran tempat meletak kereta untuk tetamunya di kondominium itu.



Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis.



Persatuan itu dan kedua-dua agensi memuji pegawai itu kerana sikapnya yang profesional dan tenang sepanjang kejadian. Pegawai itu dikatakan hanya menguatkuasakan undang-undang yang ditetapkan oleh pengurusan kondominium.



Presiden Persatuan Keselamatan Singapura (SAS), Encik Raj Joshua Thomas, berkata: “Kerja mereka penting dalam memastikan suasana kehidupan selamat dan sivil buat semua penduduk.”



Manakala itu, JP Morgan tidak memberi sebarang komen sama ada tempat tinggal lelaki itu dibiayai pihaknya atau berapa lama lelaki itu sudah bekerja dengan JP Morgan.



Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari, turut mengongsi di Facebooknya dan menggesa lebih perlindungan bagi pegawai keselamatan. Beliau berkata Akta Perlindungan daripada Gangguan (Poha) juga harus diluaskan untuk melindungi pegawai keselamatan di kondominum dan pertubuhan swasta.



Beliau dan AP Patrick Tay menggesa Kementerian Ehwal Dalam Negeri “agar  mempertimbangkan kesemua pegawai keselamatan dilindungi bawah Poha, tidak kira tempat kerja mereka”.



Dalam video itu, lelaki yang dikenali sebagai ‘Ramesh’, meluahkan perasaan marahnya kepada pegawai keselamatan kondo itu apabila diberitahu tetamunya perlu membayar $10 untuk meletak kereta dalam kawasan itu, sambil berkata beliau membeli kondonya pada harga $1.5 juta, lapor The Straits Times.



Sejak video itu dimuat naik di YouTube kelmarin (25 Oktober), ia telah menerima lebih daripada 3,000 tontonan.



Pengguna Internet mengutuk lelaki tersebut kerana bersikap tidak sopan kepada pegawai keselamatan.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >