Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mariam Jaafar muka baru PAP di GRC Sembawang?

Apr 06, 2020 | 05:30 AM



AHLI korporat, Cik Mariam Jaafar, yang dipercayai salah seorang muka baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Sembawang kelihatan lagi semalam di kawasan undi Woodlands.



Kali ini beliau 'bergerak' sendiri, tanpa diiringi Anggota Parlimen (AP) kawasan undi itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin.



Namun Cik Mariam tetap ditemani relawan serta pemimpin akar umbi, berjalan-jalan di kawasan Woodlands untuk bertemu penduduk.



Ini menguatkan lagi andaian beliau bakal dicalonkan sebagai AP GRC Sembawang dalam pilihan raya akan datang, sekali gus menggantikan tempat Encik Amrin yang dipercayai akan berpindah ke GRC Sengkang.



Baru-baru ini, Cik Mariam yang merupakan pengarah urusan dan rakan kongsi Boston Consulting Group itu turut dilihat semasa Sesi Bertemu Penduduk (MPS) di kawasan undi Woodlands, bersama Encik Amrin yang juga penasihat akar umbi di sana.



Dalam laporan The Straits Times (ST) sebelum ini, Encik Amrin enggan memberi komen sama ada beliau akan berpindah ke GRC Sengkang.



Beliau berkata: "Nampaknya kami ada enam orang untuk GRC yang dianggotai lima orang. Jadi, saya rasa salah seorang perlu pindah keluar."



Semalam, Cik Mariam, 43 tahun, berjalan-berjalan menemui penduduk di Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy, Woodlands North Plaza, Kelab Masyarakat Woodlands, serta relawan di pusat Jawatankuasa Penduduk (RC).



Ketika ditanya sama ada berita bahawa beliau bakal menjadi calon PAP adalah benar, Cik Mariam berkata beliau tertumpu kepada melakukan yang terbaik sebagai relawan, lebih-lebih lagi apabila penduduk kini amat prihatin tentang penularan Covid-19.



Mengulas tentang lawatannya, Cik Mariam berkata beliau teruja dengan penduduk Woodlands yang menyambutnya dengan senyuman, kebaikan dan semangat kampung mereka.



"Saya akan membantu Encik Amrin dalam apa jua cara yang saya mampu.



" Keutamaan segera kami kini adalah untuk membantu penduduk mengharungi kesan wabak Covid-19 ini," ujarnya.



Dalam satu catatan Facebook baru-baru ini, Encik Amrin yang dijangka dipindahkan ke GRC lain berkata bahawa sementara Cik Mariam pendatang baru di Woodlands, beliau bersemangat dan akan melakukan terbaik untuk berkhidmat kepada penduduk.



Cik Mariam adalah antara anggota lembaga Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) yang dilantik.



Beliau juga anggota utama Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) yang antaranya ditubuhkan bagi merancang pelan Singapura merubah industri demi menyahut cabaran ekonomi masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >