Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAMBUTAN BULAN BAHASA

Mariam: Seluruh masyarakat harus semai cinta bahasa, bukan guru sahaja

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



PEMBELAJARAN bahasa Melayu tidak boleh dibiarkan di tangan guru di sekolah sahaja, sebaliknya usaha seluruh masyarakat diperlukan untuk menyemai cinta bahasa ibunda dan menggalak anak muda menggunakan bahasa itu dalam pertuturan harian, kata Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar.



Jika tiada usaha dilakukan untuk terus memperjuangkan dan melestari penggunaan bahasa Melayu, ia akan menjadi satu kehilangan besar buat masyarakat dan budaya Melayu, tambah beliau.



"Pembelajaran bahasa Melayu bukan sesuatu yang kita harus biarkan pada sekolah sahaja. Bahasa adalah identiti kita. Menerusi bahasa, kita belajar tentang jati diri kita sendiri dan budaya kita sendiri.



"Oleh itu, ia mesti menjadi usaha seluruh masyarakat, termasuk keluarga dan ibu bapa. Kalau ia dibiarkan di sekolah sahaja, banyak akan hilang. Kita mesti gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa harian," kata beliau.



Semalam, Cik Mariam bersama dua lagi AP GRC Sembawang - Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dan Encik Vikram Nair - menyertai kegiatan Bulan Bahasa anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) GRC Sembawang di Kampung Admiralty Community Plaza.



Pelbagai acara diadakan, termasuk pertandingan pidato dan kuiz mengenai pantun, puisi serta peribahasa yang disertai pelajar menengah di GRC Sembawang.



Satu pertandingan memasak, yang dibuka kepada peserta semua bangsa, turut diadakan, dengan peserta menyiapkan hidangan sihat menggunakan ikan atau ayam sebagai bahan utama. Peserta juga diberi bahan misteri yang mesti disertakan dalam hidangan mereka.



Hadirin juga berpeluang mengikuti sesi membincangkan makanan Melayu bersama penulis buku The Food of Singapore Malays on the Language of Malay Food: 10 Things You Might Not Know About Malay Foods, Encik Khir Johari.



Cik Mariam berkata kegiatan itu menggabungkan unsur kreatif dan bersifat inklusif agar boleh disertai semua. Misalnya, sesi membincangkan makanan Melayu diadakan dalam bahasa Inggeris kerana menerusi makanan, "banyak boleh dipelajari tentang budaya dan tradisi".



"Ini satu segmen yang boleh disertai semua orang. Baik Melayu atau bukan, saya rasa banyak yang dapat kita pelajari daripada sesi perbincangan sebegini, yang bercakap tentang budaya kita," kata beliau.



Selain program semalam, MAEC GRC Sembawang dan M3@Woodlands telah merancang siri kegiatan Bulan Bahasa sepanjang bulan ini untuk penduduk mereka.



Ini termasuk Sesi Mari Membaca pada 17 September, Kem Melayu MAEC Sembawang Central pada 24 September, dan Jelajah@ Sembawang West pada 25 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >