Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Marine Parade, Siglap, Bedok South bakal ada khidmat MRT

Aug 15, 2014 | 02:13 PM



PENDUDUK di kawasan timur Singapura, seperti di Marine Parade dan Tanjong Rhu, bakal menikmati perjalanan lebih mudah dan cepat ke bahagian bandar atau utara dengan laluan MRT baru yang akan siap dibina menjelang 2024.


Laluan Thomson-East Coast (TEL) terdiri daripada dua laluan - Laluan Thomson dari Woodlands North ke Gardens by the Bay dan Laluan Bahagian Timur (Eastern Region Line) dari Tanjong Rhu ke Sungei Bedok.


Rancangan awal adalah untuk mengasingkan kededua laluan itu namun bagi kemudahan penumpang dan untuk keberkesanan operasi, laluan-laluan itu digabungkan.


Mengumumkan demikian pagi tadi semasa kunjungannya ke stesen MRT Marina South Pier yang bakal dibuka hujung tahun ini, Menteri Pengangkutan, Encik Lui Tuck Yew, berkata TEL akan berkhidmat kepada 500,000 penumpang pada tahun-tahun pertama pembukaan sebelum meningkat ke sekitar 1 juta penumpang dalam jangka masa panjang.


TEL sepanjang 43 kilometer adalah laluan MRT keenam di Singapura dan mempunyai 31 stesen termasuk sembilan di bahagian timur.


Laluan itu juga mempunyai tujuh pusat pertukaran.


Laluan timur TEL akan dibina dalam dua fasa - fasa pertama melibatkan tujuh stesen akan siap menjelang 2023 dan baki dua stesen akan siap setahun kemudian.


Sebuah depot empat-dalam-satu juga akan siap dibina pada 2024.


Depot seluas 36 hektar itu akan menempatkan sebuah depot bas dan tiga depot bagi TEL, Laluan Downtown (DTL) dan Laluan Timur-Barat (EW).


Ia boleh memuatkan 220 kereta api dan 550 bas.


Kerja pembinaan bagi bahagian timur TEL yang dianggar sekitar $6.8 bilion akan dimulakan pada 2016.


Kos pembinaan bagi keseluruhan TEL selitar $24 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >