Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MARITIM DAN PELABUHAN

Program 'accelerator' pelabuhan, maritim pupuk semangat inovasi dalam industri

Dec 11, 2018 | 05:30 AM



SEDANG industri kelautan di seluruh dunia masih memerlukan daya tenaga buruh serta menggunakan kertas dan pena atau komputer bagi menguruskan operasi, program accelerator pelabuhan dan maritim PortXL bertujuan mengubah keadaan itu dan memupuk semangat inovasi dalam industri tersebut.



PortXL yang ditubuhkan di Rotterdam, Belanda, pada 2015 merupakan sebuah ekosistem firma baru (startup), rakan kerja korporat dan mentor yang bekerjasama bagi memikirkan huraian inovatif dan kreatif buat industri maritim.



Secara ringkasnya, PortXL mencari startup dan memadankan mereka dengan syarikat maritim besar yang menginginkan teknologi baru serta membantu mereka mencari huraian inovatif bersama.



Antara rakan kerja mereka termasuk Pelabuhan Rotterdam, Pelabuhan Antwerp, Shell, Vopak dan Ernst & Young (EY).



Menurut Ketua Pembangun Perniagaan PortXL, Encik Vincent Vinkoert, industri maritim kian berubah dan syarikat maritim menginginkan huraian dalam pelbagai bidang termasuk rangkaian blok (blockchain), Internet Benda (IoT) dan pengurangan pengeluaran.



"Jadi, kami mencari startup dalam bidang ini dan padankan mereka dengan syarikat korporat," ujarnya.



Selain membantu syarikat korporat itu mencari huraian yang diinginkan, Encik Vinkoert berkata mereka juga berusaha membantu startup mendapatkan pelaburan bagi menjalankan projek rintis atau klien dan terus berkembang.



Sejauh ini, PortXL berjaya mencari lebih 1,000 startup serta menghasilkan lebih 80 kontrak rintis.



Antara projek yang berjaya dijalankan ialah dron air pandu sendiri yang dibangunkan RanMarine.



Alat yang beroperasi menggunakan kuasa suria dan bateri itu boleh mengutip sampah di perairan pelabuhan 24 jam sehari.



Sementara itu, SailRouter merupakan aplikasi cloud dan desktop yang membolehkan pemilik kapal mengurangkan penggunaan minyak.



Aplikasi itu antara lain menggunakan teknologi untuk mengukur ombak dan menghasilkan satu pangkalan data dengan pergerakan kapal itu.



Dengan maklumat yang dikumpul itu, SailRouter dapat membantu kapal mengurangkan penggunaan minyak.



PortXL juga berkembang ke hab maritim lain termasuk Antwerp di Belgium dan barubaru ini, ke Singapura.



Program pertama yang akan dijalankan PortXL di Singapura bermula bulan depan.



Ketika ditemui baru-baru ini, Pengarah Urusan PortXL, Encik Mare Straetmans, berkata beliau positif dengan sambutan bagi program itu di sini meskipun akur sesetengah syarikat maritim di seluruh dunia, termasuk Singapura, masih kurang sedar tentang startup dalam industri tersebut.



"Sesetengah syarikat maritim ini lebih maju di hadapan (dalam bentuk inovasi) dan ada pula yang tidak faham tentang startup.



"Ada juga syarikat yang tidak ingin melabur bagi projek rintis dan ini antara isu yang perlu ditangani kerana jika mereka tidak melabur, startup itu akan rugi," ujarnya.



Namun, memandang ke hadapan, beliau yakin pemikiran mereka akan berubah, sedang kesedaran tentang perlunya inovasi dalam operasi harian mereka kian meningkat.



Encik Straetmans berkata:



"Saya mulakan PortXL lebih tiga tahun lalu. Kalau saya mulakannya tiga hingga lima tahun sebelum itu, saya rasa kami tidak akan mendapat perhatian.



"Sekarang saya dapat melihat syarikat korporat semakin sedar bahawa terdapat persaingan dan mereka harus lakukan sesuatu.



"Pastinya terdapat lebih kesedaran kini berbanding tiga setengah tahun lalu tetapi daripada segi tindakan yang diambil, ia tidak sepantas yang saya harapkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >