Markas baru SAF bagi pertingkat keselamatan siber dilancar Nov
Jul 01, 2017 | 05:30 AM
ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan melancarkan Markas Komand, Kawalan, Perhubungan dan Komputer (C4) SAF November ini, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Ini antara usaha bagi mengukuhkan keselamatan siber di sini, lebih-lebih lagi kerana serangan siber mempunyai kesan yang sama seperti serangan fizikal oleh pengganas dan boleh menyebabkan kesan fizikal serta menjejas tentera, ujarnya.