Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS akan keluarkan garis panduan pembiayaan 'mesra sekitaran'

Oct 06, 2015 | 09:09 AM



SATU garis panduan bagi pembiayaan bertanggungjawab demi menggalak pembangunan mampan akan dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tidak lama lagi.


Ini timbul di tengah-tengah penelitian meningkat terhadap tanggungjawab korporat bagi isu-isu alam sekitar, seperti jerebu yang sedang melanda.


MAS menyatakan pada Isnin (5 Okt) bahawa ia telah bekerjasama dengan Persatuan Bank di Singapura bagi usaha itu.


"MAS berpandangan bahawa institusi kewangan mempunyai peranan untuk dimainkan dalam menyokong usaha menggalakkan pembangunan mampan," ujar jurucakapnya.


Penguasa itu juga berkata ia menyokong rancangan Bursa Singapura (SEC) hendak mewajibkan syarikat tersenarai mengemukakan laporan kemampanan mengenai aspek-aspek alam sekitar dan sosial perniagaan mereka. Peraturan ini disasarkan dilaksana bagi tahun kewangan 2017.


MAS menambah bahawa ia akan menyokong pembangunan panduan bagi pelabur institusi melibatkan syarikat pelaburan dalam isu-isu itu, dan berkata "pemberi pinjaman, pelabur, pengguna, NGO (badan bukan pemerintah) dan media" semua mempunyai peranan untuk dimainkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >