Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

MAS anggar 9,400 kerja kosong dalam sektor kewangan

MAS
May 20, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) menganggarkan terdapat lebih daripada 9,400 kerja kosong bagi jawatan tetap untuk sektor kewangan negara bagi tahun ini.



Lebih daripada 3,000 pekerjaan merupakan dalam bidang teknologi, kata pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon dalam ucapan pembukaannya semasa Forum Kewangan Singapura 2022.



Permintaan tertinggi, dengan lebih daripada 700 peluang adalah bagi pembangun dan jurutera sofwe, memandangkan golongan profesional ini menyokong aktiviti seperti mereka dan membangunkan khidmat kewangan, memanfaatkan teknologi rangkaian blok dalam kewangan perdagangan serta menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesan penipuan dan pengubahan wang haram.



Pekerjaan baru dalam kewangan mampan juga ditawarkan dan ini termasuk daripada melaksanakan urus niaga ESG (sekitaran, sosial dan urus tadbir) kepada khidmat penasihat dan pembangunan produk.



"Kebanyakan pekerjaan ini akan memanfaatkan kepakaran kewangan tradisional seperti penyusunan produk, pengurusan risiko, melaporkan dan menetapkan harga, tetapi diselang-selikan selain menerapkan pengetahuan baru berhubung kemampanan," tambah Encik Menon.



Beliau berkata 5,800 pekerjaan bersih dalam perkhidmatan kewangan diwujudkan sepanjang dua tahun lalu.



Ini selepas sektor kewangan berkembang dengan purata tahunan 7.2 peratus semasa tahun 2020 hingga 2021, empat kali lebih pantas daripada ekonomi keseluruhan.



Pertumbuhan juga lebih meluas dan ia merangkumi sektor seperti perbankan, insuran, pengurusan aset dan khidmat pembayaran.



MAS berkata, ia sedang mempertingkat usaha dengan melibatkan bakat tempatan, khususnya dalam kalangan lulusan politeknik, profesional pertengahan kerjaya daripada sektor lain dan warga Singapura luar negara yang bekerja dalam bidang kewangan dan teknologi.



Bagi menyokong peralihan pertengahan kerjaya, Institut Perbankan dan Kewangan serta Workforce Singapore (WSG) akan melancarkan satu program pemacu pengurusan harta yang baru.



Program tiga bulan itu akan disasarkan kepada golongan profesional pertengahan kerjaya yang mempunyai minat terhadap pengurusan pelanggan dan dalam kerjaya berhubung pengurusan harta.



Program itu termasuk latihan semasa bekerja serta yang lebih berstruktur bagi menawarkan peserta dengan kemahiran untuk mendapat perlesenan, sekali gus diambil bekerja dalam peranan pengurusan hubungan.



MAS menambah, tujuh bank peruncitan utama akan mengambil bahagian dalam program itu untuk memenuhi hampir 200 jawatan kosong.




"Kebanyakan pekerjaan ini akan memanfaatkan kepakaran kewangan tradisional seperti penyusunan produk, pengurusan risiko, melaporkan dan menetapkan harga, tetapi diselang-selikan selain menerapkan pengetahuan baru berhubung kemampanan."
- Encik Ravi Menon, pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >