Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS: Bekas banker Goldman Sachs dikenakan larangan seumur hidup

Dec 20, 2018 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengenakan larangan seumur hidup ke atas bekas banker Goldman Sachs, Tim Leissner semalam.



Leissner telah mengaku bersalah terhadap tuduhan jenayah yang dikenakan ke atasnya oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, berhubung peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Sebelum ini, Leissner telah dikenakan perintah larangan 10 tahun oleh MAS pada Mac lalu, kerana mengemukakan kenyataan palsu bagi pihak bank tanpa pengetahuan atau kebenaran bank itu.



Beliau juga didapati memberikan surat rujukan yang tidak diluluskan bagi pihak Goldman Sachs kepada institusi kewangan yang berpangkalan di Luxembourg.



Larangan seumur hidup itu, yang turut melanjutkan bidang kuasa perintah larangan asal, akan menyekat Leissner daripada melakukan sebarang kegiatan di bawah bidang kuasa Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.



Ia juga menghalangnya daripada menguruskan sebarang syarikat khidmat modal pasaran di Singapura, ujar MAS.



Leissner juga dilarang bertindak sebagai pengarah, atau menjadi pemilik saham besar, atau pemilik lesen khidmat modal pasaran di bawah Akta itu.



Leissner dituduh di Amerika pada 1 November lalu dan mengaku bersalah kerana terlibat dalam komplot untuk mendapatkan dan mengekalkan perniagaan daripada 1MDB bagi Goldman Sachs, dengan janji membayar rasuah kepada pegawai kerajaan di Abu Dhabi dan Malaysia.



Beliau juga mengambil dana daripada 1MDB bagi dirinya sendiri dan mengalihkan wang menerusi sistem kewangan di Amerika dan negara lain.



Rayuan bersalah Leissner itu menimbulkan lebih banyak bukti tentang penglibatannya dalam peralihan dana berhubung 1MDB, yang sebelum ini tidak diperolehi oleh MAS apabila ia mengemukakan perintah larangan asal, kata MAS dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >