Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS bentuk Kumpulan Kemampanan baru

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah membentuk Kumpulan Kemampanan yang baru dan melantik Dr Darian McBain sebagai Ketua Pegawai Kemampanan bermula 1 Oktober ini.



Kumpulan Kemampanan itu bertanggungjawab dalam usaha kemampanan di MAS dan membantu agensi itu dalam membangunkan keupayaan dalam pelbagai bidang, menurut kenyataan MAS semalam.



Ia antara lain akan menyelaras agensi kewangan hijau MAS dan kemampanan dalam mengukuhkan keutuhan sektor kewangan terhadap risiko sekitaran, membangunkan sistem eko kewangan hijau yang rancak yang menyokong peralihan Asia bagi masa hadapan rendah karbon serta mengenal-pasti kerjasama kewangan hijau strategik.



Dr McBain mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kemampanan. Beliau pernah menjadi ketua pegawai kemampanan di Thai Union Group, sebuah konglomerat pembekal makanan laut.



Beliau mempunyai ijazah Doktor Falsafah dalam petanda sosial bagi analisis rantaian bekalan sejagat dan ijazah Sarjana dalam strategi perniagaan, politik dan sekitaran.



Malah, beliau dinamakan sebagai Perintis Matlamat Kemajuan Kemampanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi inisiatif sekitaran.



Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon, menyatakan pembentukan Kumpulan Kemampanan mencerminkan komitmen MAS dalam kemampanan sekitaran dan perubahan iklim.



"Kewangan hijau dan keutuhan iklim merupakan bidang tumpuan yang berkembang bagi MAS," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >