Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS ganda had individu bagi Bon Simpanan Singapura, boleh dibeli guna dana persaraan sukarela

Dec 17, 2018 | 03:00 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) bakal menggandakan had individu bagi memiliki Bon Simpanan Singapura (SSB) dan membenarkan pelabur membeli bon menggunakan dana Skim Persaraan Tambahan (SRS), kata agensi sektor kewangan itu pada Isnin (17 Disember).



Jumlah SSB maksimum yang boleh dimiliki individu akan ditambah daripdaa $100,000 kepada $200,000, kata MAS. Perubahan itu akan berkuat kuasa pada 1 Feb 2019.



Program SSB telah menerima pelaburan sekitar $3.7 bilion dari hampir 100,000 pelabur individu sejak ia dilancarkan pada Oktober 2015, kata MAS.



Dalam tempoh ini, katanya, pihak awam telah meminta agar dibenar membeli bon menggunkan dana SRS, iaitu simpanan persaraan sukarela yang disimpan oleh pekerja di Singapura dan melebihi skim Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



“Mengambil kira maklum balas awam, MAS telah bekerjasama dengan bank untuk membenarkan dana SRS dilaburkan bagi SSB. Ini memperluas jenis produk (pelaburan) yang ditawarkan kepada anggota SRS dan membantu mereka berjimat dan merancang bagi persaraan,” kata MAS, dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >