Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS henti ketatkan dasar kewangan

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



BANK pusat Singapura telah menghentikan langkah mengetatkan dasar kewangannya, dan mengalihkan tumpuan daripada meningkatkan usaha menentang inflasi, kepada mempertahankan ekonomi yang berdepan risiko kelembapan yang lebih mendalam.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang menggunakan Kadar Tukaran Efektif Nominal Dolar Singapura (S$NEER) sebagai alat dasar utamanya, berkata pada Jumaat bahawa ia akan mengekalkan kadar kenaikan mata wang semasa - langkah yang akan terus meringankan kesan kenaikan harga import.



Langkah MAS menghentikan langkah mengetatkan dasar kewangan adalah satu kejutan memandangkan kebanyakan pakar ekonomi swasta dalam tinjauan baru-baru ini menjangkakan bank pusat itu akan melaksanakan pusingan keenam pengetatan dalam kitaran semasa yang bermula pada Oktober 2021.



Bagaimanapun, dengan adanya risiko kelembapan ekonomi, MAS tidak mencari kenaikan yang lebih pantas dengan mengetatkan lagi dasar kewangan kerana dengan berbuat demikian, ia boleh menjejaskan ekonomi dengan menjadikan eksport lebih mahal.



Penggubal dasar di Canada, India, Australia, Korea Selatan, Malaysia dan Indonesia juga telah memilih untuk mengekalkan tetapan dasar dalam beberapa minggu kebelakangan ini atas sebab yang sama.



"Pertumbuhan GDP (hasil dalam negeri kasar) Singapura dijangka berada di bawah trend tahun ini. Dengan lebih banyak risiko kepada pertumbuhan global, kelembapan ekonomi domestik mungkin lebih mendalam daripada yang dijangkakan.



"Oleh itu MAS akan mengekalkan kadar kenaikan sekarang bagi jalur dasar S$Neer. Tidak akan ada perubahan pada lebarnya dan tahap di mana ia berpusat.



"Pendirian dasar ini akan terus mengurangkan inflasi yang diimport dan membantu mengekang tekanan kos domestik," kata MAS dalam kenyataan dasar kewangan dua kali setahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >