Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS lancar skim geran sokong pinjaman bagi projek hijau

MAS
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT kecil dan besar kini akan mendapat sokongan tambahan untuk mendapatkan pinjaman bagi projek hijau atau lebih mesra alam dan bagi pinjaman berdaya tahan, menerusi skim geran baru yang dilancarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) semalam.



Inisiatif yang dinamakan Skim Geran Pinjaman Hijau dan Berdaya Tahan itu merupakan skim sedemikian yang pertama di dunia, dan akan bermula pada Januari depan, kata MAS.



Skim itu juga menggalak bank untuk mengembangkan rangka kerja agar syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapatkan sumber pembiayaan dengan lebih mudah.



Pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon, berkata:



"Pinjaman ialah sumber utama pembiayaan di seluruh Asia - sama ada untuk individu, SME atau syarikat besar. Justeru, ini adalah peluang besar untuk mendorong syarikat di pelbagai industri beralih ke amalan yang lebih berdaya tahan melalui pinjaman yang berkaitan dengan projek hijau dan berdaya tahan.



"Geran MAS untuk pinjaman dan bon hijau adalah penting untuk ekosistem kewangan hijau yang Singapura ingin dibina - untuk menyokong peralihan Asia kepada masa depan yang mampan."



Syarikat-syarikat di Singapura telah mengambil pinjaman sebanyak $10.2 bilion melalui pinjaman hijau dan kemampanan menjelang separuh pertama tahun ini.



Pinjaman hijau adalah pinjaman yang membantu membiayai projek hijau baru ataupun yang masih berlangsung, sementara pinjaman berdaya tahan menyediakan harga insentif pada peminjam untuk mencapai sasaran daya tahan tertentu.



Skim geran baru itu akan membiayai sehingga $100,000 perbelanjaan peminjam dalam jangka masa tiga tahun.



Selain itu, skim itu akan menyokong bank apabila ia mengembangkan rangka kerja yang akan menyediakan kriteria dan proses standard bagi pembiayaan hijau dan kemampanan.



"Ini untuk lebih mendorong bank memberikan sokongan yang lebih besar kepada SME, yang merupakan pendorong utama ekonomi, dan menggalakkan individu menyumbang kepada agenda kemampanan dengan menggabungkan pertimbangan mampan dalam keputusan pembiayaan mereka," kata MAS.



Bersama pelancaran skim itu, bank OCBC, bank UOB dan BNP Paribas telah mengumumkan rangka kerja kelayakan bagi mendapatkan geran itu.



Rangka bank OCBC akan membantu SME mengakses kewangan mampan sehingga $20 juta yang antara lain, akan merangkumi projek hijau yang berkaitan dengan kategori kecekapan tenaga, bangunan hijau dan kawalan pencemaran.



Menurut ketua perbankan dan kumpulan borong UOB, Encik Frederick Chin, berkata:



"Institusi kewangan boleh dan mesti memainkan peranan, bersama dengan pemerintah dan perniagaan, untuk membantu menyalurkan lebih banyak dana untuk pembangunan yang mampan.



"Usaha seperti ini akan banyak membantu menjadikan bandar di Asia lebih mampan dan sesuai didiami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >