Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS lancar wadah kongsi maklumat antara bank, perangi pengubahan wang haram

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan dilengkapkan dengan keupayaan yang dapat menghindari urus niaga kewangan yang bertujuan membiayai kegiatan jenayah dan pengganas serta penghasilan senjata pemusnah.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang menyelaraskan hab kewangan paling dipercayai dan selamat, mengumumkan semalam bahawa ia akan melancarkan wadah perkongsian data dan maklumat, diberi nama Cosmic, untuk mencegah penyalahgunaan wang, pembiayaan aktiviti pengganasan dan pembiayaan percambahan.



Cosmic akan membolehkan institusi kewangan berkongsi dengan selamat dan tepat pada masanya antara satu sama lain mengenai pelanggan atau urus niaga yang menjangkaui batas risiko.



Perkongsian maklumat seperti ini akan membantu institusi kewangan mengenal pasti dan mematah rangkaian haram, dan membantu untuk melindungi pusat kewangan Singapura, menurut kenyataan bank pusat itu.



Wadah Cosmic dihasilkan bersama MAS dan enam bank komersial di Singapura - DBS, OCBC, UOB, Standard Chartered, Citibank dan HSBC.



Buat masa ini, enam bank itu akan menjadi pengguna eksklusif wadah tersebut sebelum ia dilancarkan dengan lebih luas pada separuh pertama 2023 dan sebelum memperkenalkan rangka kerja penyelarasan yang akan memerlukan perubahan perundangan terhadap kerahsiaan bank dan pelanggan mereka.



MAS merancang untuk memperluas perlindungan Cosmic secara bertahap kepada lebih banyak institusi kewangan dan mewajibkan beberapa aspek perkongsian.



Cosmic pada mulanya menumpukan kepada tiga risiko jenayah kewangan utama dalam perbankan komersial - penyalahgunaan syarikat yang hanya untuk tujuan pemindahan wang haram, penyalahgunaan kewangan perdagangan untuk tujuan haram dan pembiayaan percambahan.



Lebih banyak bidang tumpuan akan ditambah selepas ini.



"MAS akan menetapkan dalam perundangan bahawa perkongsian maklumat ini oleh institusi kewangan hanya dibolehkan bagi tujuan menangani penyalahgunaan wang, pembiayaan aktiviti pengganas dan pembiayaan percambahan," kata MAS.



Ia juga akan memulakan proses perundingan dengan industri kewangan mengenai perundangan yang diusulkan untuk Cosmic, yang akan dirangkumkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan dan Pasaran 2021, serta ciri-ciri wadah itu.



"MAS mengundang pihak yang berminat untuk menghantarkan komen mereka berkaitan usulan dan perubahan pada perundangan, yang dinyatakan dalam kertas perundingan pada 1 November 2021," kata MAS.



Bank pusat menyatakan Cosmic mempunyai ciri keselamatan yang kuat untuk mengelakkan akses kepada maklumat yang tidak dibenarkan dan akan dikendalikan oleh MAS.



MAS juga akan memerlukan semua pengguna Cosmic untuk melaksanakan langkah tegas bagi melindungi daripada penggunaan yang tidak diizinkan dan pendedahan maklumat dari Cosmic.



Ia akan menyelia institusi kewangan untuk memastikan pematuhan kepada semua keperluan ini dan mengambil tindakan terhadap institusi yang salah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >