Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAS, persatuan bank perkenal kawalan tambahan cegah pancingan data

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Persatuan Bank-Bank di Singapura (ABS) sedang memperkenalkan satu set langkah tambahan untuk memperkukuh keselamatan perbankan digital, memandangkan berlakunya kes pancingan data baru-baru ini yang menyasarkan pelanggan bank.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, MAS mengharapkan semua institusi kewangan mempunyai langkah yang kukuh untuk mencegah dan mengesan penipuan serta berupaya mengendalikan kejadian dan mempunyai khidmat pelanggan yang berkesan sekiranya berlaku penipuan.



"Ancaman penipuan pancingan data yang semakin meningkat memerlukan langkah segera untuk mengukuhkan kawalan, sedang langkah pencegahan jangka panjang sedang dinilai untuk pelaksanaan dalam beberapa bulan mendatang," kata kenyataan itu.



Bank di Singapura, dengan berunding dengan MAS, akan berusaha melaksanakan langkah lebih ketat dalam tempoh dua minggu akan datang.



Antara langkah yang dilaksana adalah mengeluarkan pautan boleh klik dalam e-mel atau SMS yang dihantar kepada pelanggan runcit.



Pemberitahuan transaksi pemindahan dana yang dikirimkan kepada pelanggan perlu ditetapkan secara lalai pada $100 atau lebih rendah.



Perlu ada tempoh tunggu sekurang-kurangnya 12 jam sebelum token digital baharu pada peranti mudah alih boleh diaktifkan.



Institusi kewangan juga perlu menubuhkan pasukan khusus untuk membantu pelanggan dan mempunyai sumber yang baik menerima maklum balas bagi menangani kemungkinan kes penipuan.



Kenyataan itu menambah langkah yang lebih ketat ini akan menambah masa yang diambil untuk transaksi perbankan dalam talian tertentu tetapi akan menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi dana pelanggan.



Encik Ravi Menon, Pengarah Urusan, MAS berkata pihaknya amat prihatin akan kes penipuan yang telah berlaku.



"MAS, bersama Polis, IMDA dan agensi pemerintah lain sedang bekerja rapat dengan industri kewangan, industri telekomunikasi, kumpulan pengguna dan pihak berkepentingan lain untuk mengukuhkan daya tahan kolektif kami terhadap serangan penipuan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >