Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

MAS persiap prasarana bagi keluarkan $ SG secara digital

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

MAS persiap prasarana bagi keluarkan $ SG secara digital

Nov 10, 2021 | 05:30 AM

BANK pusat sedang membina prasarana teknologi dan kecekapan teknikal yang diperlukan untuk mengeluarkan dolar Singapura digital sekiranya Republik ini memutuskan untuk berbuat demikian pada masa depan.

Ini dilakukan walaupun Penguasa Kewangan Singapura (MAS) belum melihat keperluan mendesak bagi mata wang digital bank pusat (CBDC) runcit sedemikian.

Terdapat dua jenis CBDC: mata wang borong yang digunakan dalam sistem perbankan dan serupa dengan simpanan yang diletakkan bank komersial dengan bank pusat; serta CBDC runcit yang dikeluarkan oleh bank pusat kepada orang awam.

Minat terhadap CBDC runcit telah meningkat dengan mendadak dalam dua tahun lepas, kata pengarah urusan MAS, Encik Ravi Menon, yang menyertai secara maya hari kedua acara tahunan Festival FinTech Singapura semalam.

MAS sedang menjalankan Projek Orked dengan kerjasama rapat sektor swasta untuk membina infrastruktur teknologi dan kecekapan yang diperlukan untuk mengeluarkan dolar Singapura digital, kata Encik Menon, yang menyebut faedah berpotensi daripada huraian CBDC runcit yang inovatif.

Encik Menon berkata terdapat tiga kemungkinan bagi MAS untuk mengeluarkan dolar Singapura digital kepada orang ramai.

Pertama, "seperti wang kertas dan syiling, dolar Singapura digital yang dikeluarkan oleh MAS akan menjadi selamat, diterima secara meluas dan disokong kuasa negara".

Kedua, peralihan pesat daripada wang tunai kepada pembayaran elektronik berdasarkan deposit bank atau e-dompet telah mendorong negara seperti Sweden dan China untuk mempertimbangkan CBDC runcit, katanya.

Enam daripada 10 bank pusat sedang bereksperimen dengan CBDC runcit, menurut tinjauan oleh Bank for International Settlements.

Sebab ketiga, kata Encik Menon, adalah dolar Singapura digital juga boleh memupuk ekosistem pembayaran yang cekap dan inklusif, menjadikannya lebih mudah bagi firma lebih kecil untuk membina pembayaran baru dan perkhidmatan digital yang berkaitan.

"Syarikat pemula, misalnya, boleh berintegrasi dengan CBDC runcit dan tidak perlu membina e-wang dan pangkalan pengguna mereka sendiri.

"Rasional bagi rangkuman kewangan ini telah menjadi motivasi utama bagi negara seperti Kemboja dan Bahamas untuk menggunakan CBDC runcit," kata Encik Menon.

Dolar Singapura digital juga boleh mengurangkan kesan daripada kemasukan syiling stabil yang dikeluarkan secara privet atau CBDC asing dalam landskap pembayaran Singapura, kata Encik Menon.

"Sedang mata wang digital global ini memasuki pasaran kami dan boleh diakses secara meluas pada masa hadapan, ia berpotensi menggantikan penggunaan dolar Singapura dalam urus niaga runcit domestik.

"Dolar Singapura digital yang dikeluarkan oleh MAS dan selaras dengan keperluan ekonomi digital boleh membantu mengurangkan risiko ini," ujarnya.

Tetapi CBDC runcit boleh menimbulkan risiko yang besar kepada kestabilan monetari dan kewangan, terutamanya dalam "tempoh tekanan".

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3