Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

MAS semak pendekatan pengawalan skim

Feb 14, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) sedang menyemak pendekatan pengawalan bagi skim beli dulu, bayar kemudian (BNPL).



Ini setelah terdapat kebimbangan yang meningkat mengenai kemudahan mendapat kredit tanpa kawalan itu yang boleh mencetuskan masalah hutang.



Jurucakap MAS memberitahu Berita Minggu (BM) bahawa konsep beli dulu, bayar kemudian tidak baru tetapi ia semakin ketara sejak setahun lalu di Singapura dan luar negara.



"Potensi faedah dan risiko bagi pengguna Singapura menjadi lebih relevan. Oleh itu, kami sedang menyemak pendekatan pengawalan yang wajar bagi skim ini,'' kata jurucakap itu.



"Ia merupakan pilihan yang mudah bagi pelanggan yang ingin membayar pembelian mereka secara ansuran. Namun, pelanggan mempunyai risiko berbelanja lebih banyak dari yang telah dibajetkan apabila mereka menggunakan BNPL dan pelan ansuran bagi pembelian mereka,'' tambah jurucakap itu.



Pelanggan juga harus sedar bahawa mereka mempunyai hutang yang perlu dibayar dan bayaran jika mereka terlewat melunaskan hutang itu.



Menurut MAS, firma yang menawarkan skim beli dulu, bayar kemudian ini menawarkan pelan pembayaran ansuran sifar faedah bagi produk runcit yang menarik bagi pelanggan yang tidak mempunyai kemudahan kredit serta golongan muda.



Menurut MAS, sektor beli dulu, bayar kemudian masih tidak dikawal.



"Ini bermakna firma perlu menjalani pemeriksaan kredit terhadap pelanggan. Tidak ada garis panduan industri yang jelas dalam memasar produk beli dulu, bayar kemudian,'' kata jurucakap itu.



Jika MAS merasakan bahawa rangka kerja pengawalan diperlukan bagi penyedia skim beli dulu, bayar kemudian di sini, ia harus dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kepada pelanggan.



"Langkah akan diambil bagi menangani risiko ini yang akan diambil-kira serta potensi faedah di mana skim beli dulu, bayar kemudian akan dapat dimanfaatkan pengguna dan peniaga,'' kata MAS.



Apabila pelanggan tidak berhati-hati dan berbelanja berlebihan, skim sedemikian akan menyebabkan mereka berbelanja melebihi kemampuan dan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan, ujar MAS.




"Apabila pelanggan tidak berhati-hati dan berbelanja berlebihan, skim sedemikian akan menyebabkan mereka berbelanja melebihi kemampuan dan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan.''
 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >